‘Saya ingat kemalangan biasa tetapi bukan’

‘Saya ingat kemalangan biasa tetapi bukan’ - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Saya ingat kemalangan biasa tetapi bukan’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Saya ingat kemalangan biasa tetapi bukan’
link : ‘Saya ingat kemalangan biasa tetapi bukan’

Baca juga


‘Saya ingat kemalangan biasa tetapi bukan’

Saya suruh dia ke kedai beli barang tapi setengah jam kemudian ada orang maklum dia kemalangan dan saya ingat kemalangan biasa sahaja tetapi bukan,” kata Zawiah Mat Ali, 46, ibu kepada Muhammad Danies Iskandar Remely, 15.

Anaknya, Muhammad Danies yang menunggang motosikal maut dalam kemalangan jalan raya kira-kira jam 10.00 malam di Kilometer 1, Jalan Kampung Tasek di sini, malam tadi, selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.

Zawiah berkata, dia hanya tahu keadaan dan kecederaan sebenar anaknya apabila sampai di Klinik Kesihatan Bukit Payong selepas bergegas ke tempat kejadian dan mendapati anaknya tiada di situ kerana telah dikejarkan ke klinik berkenaan.

“Saya pergi ke tempat kejadian dia tiada di situ lalu terus ke Klinik Kesihatan Bukit Payong dan sebaik tiba di sana saya dimaklumkan dia (anak) sudah ‘tiada’ dah. Allahyarham memang biasa bantu saya tolong belikan barang-barang.

“Saya berniaga masakan panas…memang dia selalu belikan barang runcit dan sebelum kejadian itu, kira-kira jam 9.30 malam macam biasa dia pergi ke kedai untuk beli barang tapi tak sangka akan terlibat kemalangan,” katanya, hari ini.

Menurut Zawiah yang juga merupakan seorang ibu tunggal, Muhammad Danies merupakan anak bongsu daripada empat beradik tidak menunjukkan sebarang perubahan luar biasa.

“Allahyarham seorang yang baik dan sentiasa bantu saya. Tiada anak lelaki lain yang tinggal bersama saya kerana abangnya bekerja di luar negeri ini. Hanya dia dan dua kakaknya ada bersama saya membantu di kedai makan ini,” katanya.

Ibu tunggal itu bagaimanapun mengakui anaknya menunggang motosikal tanpa lesen namun tiada siapa lagi yang dapat diharapkan untuk membantunya di kedai makan yang menjadi sumber pendapatan utama bagi keluarga itu.

“Saya salah kerana benarkan dia bawa motosikal… Saya reda dengan pemergiannya namun saya mohon kes ini terus disiasat agar orang yang bertanggungjawab turut mendapat hukuman yang setimpal,” katanya.

Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Tebakang di sini, selepas jenazah dibawa pulang dari Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah kira-kira 10.00 pagi tadi. Tiada bedah siasat dijalankan atas permohonan keluarga.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa menunggang motosikal dari arah Wakaf Dua menuju ke arah Binjai Bongkok. Apabila sampai di tempat kejadian, secara tiba-tiba sebuah lori dipercayai memasuki laluan mangsa.

Akibat jarak yang terlalu dekat, lori berkenaan dikatakan telah melanggar bahagian hadapan motosikal mangsa. Kesan daripada perlanggaran itu, mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali mengesahkan menerima laporan berkata, siasatan kes masih diteruskan mengikut Seksyen Seksyen 41(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

The post ‘Saya ingat kemalangan biasa tetapi bukan’ appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel ‘Saya ingat kemalangan biasa tetapi bukan’

Sekianlah artikel ‘Saya ingat kemalangan biasa tetapi bukan’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Saya ingat kemalangan biasa tetapi bukan’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/saya-ingat-kemalangan-biasa-tetapi-bukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :