Sedondon cara Leftenan Dalton, isteri, anak

Sedondon cara Leftenan Dalton, isteri, anak - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sedondon cara Leftenan Dalton, isteri, anak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sedondon cara Leftenan Dalton, isteri, anak
link : Sedondon cara Leftenan Dalton, isteri, anak

Baca juga


Sedondon cara Leftenan Dalton, isteri, anak

"PADA mulanya mereka (anak lelaki) tertanya-tanya kenapa lelaki memakai pakaian yang nampak seperti skirt (samping), tetapi bila saya dan isteri terangkan ini adalah pakaian orang Melayu mereka faham dan gembira memakainya terutamanya songkok.”

Demikian kata Leftenan Benjamin Dalton, 42, selepas dia dan isteri bersama lima anaknya berpakaian baju Melayu dan baju kurung tular di Facebook (FB).

"Ini pengalaman yang sangat indah buat keluarga saya terutamanya anak-anak lelaki yang belajar di sebuah prasekolah Islamik di Perak. Kami keluarga Kristian, dan ini juga peluang terbaik untuk mereka belajar dan memahami budaya Melayu.

"Kami ke rumah terbuka pada Aidilfitri lalu dengan berbaju warna sedondon. Satu perasaan yang hebat apabila bertemu rakyat Malaysia yang lain dan mencuba pelbagai makanan melayu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalton adalah pegawai Tentera Laut Diraja Australia yang kini ditugaskan di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak dalam program pertukaran pegawai.

Dalton bersama isteri, Charlotte, 31 dan anak-anak, Alex, 11; James, 6; Matthew, 5; William, 4 dan Olive, 2, tiba di Malaysia pada Januari 2016 dan akan kembali ke Australia pada Januari 2018.

Dalton dan keluarga yang membeli pakaian berkenaan di Manjung, Perak telah beberapa kali berpakaian baju Melayu dan baju kurung berwarna sedondon.

Kali pertama adalah pada sambutan Aidilfitri 2016 di pangkalan TLDM Lumut, diikuti pada majlis perkahwinan Februari lalu dengan berpakaian sedondon warna biru muda manakala sempena 1 Syawal lalu, mereka berpakaian warna pic untuk ke rumah terbuka.

“Apa yang saya suka mengenai Malaysia, tanpa diragui orangnya sangat mengalu-alukan dan mesra dengan keluarga saya. Kami sudah merasakan seperti di tanah air sendiri sebaik saja tiba ke sini.

“Orangnya sentiasa ucapkan ‘hello’ dan sentiasa dengan senyuman dan ia sangat bagus kerana walaupun kami jauh dari negara asal, kami tak terasa sangat. Kami sudah melawat beberapa tempat menarik seperti Pulau Pangkor, Ipoh, Langkawi, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Cameron Highlands, Taiping dan Alor Setar,” katanya yang juga gemar makan roti canai.

Sementara itu, pengantin pada majlis berkenaan, Mohamad Norhakim Nazar, 24, berkata, dia dan isteri, Nor Syuhada Abdul Rahim, 23, cukup teruja dengan kehadiran mereka sekeluarga pada majlis yang berlangsung di Ayer Tawar, Perak, 25 Februari lalu.

"Saya rasa teruja dengan kehadiran mereka ke majlis saya dengan berbaju Melayu sedondon dan anak-anak yang comel membuatkan ramai yang tertarik untuk bergambar bersama mereka.

"Leftenan Dalton juga pandai berbahasa Melayu sedikit dan peramah orangnya. Bangga saya dengan keluarga mereka yang tidak segan untuk berbaju Melayu hadir ke majlis saya. Memang mereka menjadi perhatian pada majlis itu," katanya.

Mohamad Norhakim yang bekerja sebagai Juruteknik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, isterinya, Nur Syuhada adalah guru kepada anak-anak Dalton di prasekolah berkenaan.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Sedondon cara Leftenan Dalton, isteri, anak

Sekianlah artikel Sedondon cara Leftenan Dalton, isteri, anak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sedondon cara Leftenan Dalton, isteri, anak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/sedondon-cara-leftenan-dalton-isteri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :