link : Seksa Pakai Seluar Dalam Spiderman
Seksa Pakai Seluar Dalam Spiderman
Bergelar seorang pelakon ada ketikanya perlu menahan rasa malu.
Baru-baru ini Tom Holland, 21, mendedahkan dia terpaksa bertahan terutama ketika menjayakan adegan-adegan penting dalam filem Spider-Man: Homecoming.
Selain mengakui tidak mudah baginya melakonkan babak berlawan dia juga terpaksa memakai kostum yang ketat dan seluar dalam (g-string).
“Pada hari pertama, kru memberikan saya, ‘Inilah ‘thong’ kamu’,” katanya.
“Saya rasa tidak puas hati dan tertanya-tanya adakah punggung saya akan sama lagi seperti sebelumnya? Tapi saya terpaksa membiasakannya, walaupun saya berfikir, tidak ada cara, tidak boleh!”, katanya.
Mengalami dehidrat (disebabkan topeng Spiderman menutup seluruh wajahnya) dan kesukaran untuk pergi ke tandas adalah beberapa lagi cabaran yang dihadapi oleh Tom apabila dia memakai kostum tersebut. Dia harus menanggalkan seluruh kostum dan kemudian berlari ke tandas.
Seorang kru produksi kemudiannya mendapat idea bagaimana untuk Tom boleh meminum air. Dengan menggunakan tiub plastik, dia memerah air ke mulut Tom setiap kali pelakon itu berasa panas disebabkan cahaya lampu studio.
Meski berasa sangat tidak selesa sepanjang memakai kostum Spiderman namun pelakon British ini menyifatkan ia suatu keistimewaan kerana berpeluang menyarung kostum itu.
“Kostum itu memang sebuah karya seni tapi memakainya sangat tidak selesa. Semua rasa tidak selesa itu hilang sebaliknya wujud keistimewaan ketika memakainya,” tutur Tom.
The post Seksa Pakai Seluar Dalam Spiderman appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Seksa Pakai Seluar Dalam Spiderman
Anda sekarang membaca artikel Seksa Pakai Seluar Dalam Spiderman dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/seksa-pakai-seluar-dalam-spiderman.html