Selepas Kematian Suami, Wanita Ini Pernah Cuma Tidur Sejam, Cari Duit Raya Demi Gembirakan 3 Anaknya

Selepas Kematian Suami, Wanita Ini Pernah Cuma Tidur Sejam, Cari Duit Raya Demi Gembirakan 3 Anaknya - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selepas Kematian Suami, Wanita Ini Pernah Cuma Tidur Sejam, Cari Duit Raya Demi Gembirakan 3 Anaknya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selepas Kematian Suami, Wanita Ini Pernah Cuma Tidur Sejam, Cari Duit Raya Demi Gembirakan 3 Anaknya
link : Selepas Kematian Suami, Wanita Ini Pernah Cuma Tidur Sejam, Cari Duit Raya Demi Gembirakan 3 Anaknya

Baca juga


Selepas Kematian Suami, Wanita Ini Pernah Cuma Tidur Sejam, Cari Duit Raya Demi Gembirakan 3 Anaknya

Contohi semangat Rosidah Ahmad, 39 ibu kepada tiga orang anak, Muhammad Amirul Aiman, 12, Muhammad Adam Aiman, 9 dan Nur Amirah Aiman, 5 tahun yang tak pernah putus asa gembirakan anak selepas kematian suami pada November 2016.

Apabia anak kedua tak boleh berenggang dengannya, dia terpaksa melepaskan pendapatan yang agak tinggi sebagai penyelia pasar raya besar.

“Sejak berhenti kerja, saya berniaga depan rumah. Jual nasi lemak, nasi goreng, sosej, jajan dan sebagainya dan membuat kuih. Untung tak begitu banyak tetapi cukuplah untuk duit poket sendiri kerana banyak dibantu suami. Tetapi selepas suami meninggal, hilang punca pendapatan utama tambahan pula suami hanya bekerja kontrak, tak punya simpanan tetap dan tidak ada pencen.”

Rezeki Allah itu tidak pernah putus buat umatnya yang sentiasa mahu berusaha. Biar rezeki tidak selebat mana, tetapi dia harus kuat kerana di bahunyalah anak-anak bersandar ketika ini.

Pada bulan Ramadan tahun lalu, Rosidah memberitahu dia hanya dapat tidur sejam dua. Dia mesti bangun awal untuk menyiapkan tempahan tepung pelita sebanyak 500 biji sehari oleh pelanggannya. Selain itu, ada juga karipap sejuk beku, dan kuih-kuih lain ditempah pelanggan.

“Bagi saya, sama ada tidur cukup atau tidak, saya harus mencukupi segala keperluan harian termasuk anak-anak yang semakin membesar. Memang perit tetapi kalau kita tak berusaha, keadaan akan jadi lebih susah. Penat tak apa, asal kita berusaha mencarinya, saya tidak boleh mengharapkan bantuan semata-mata.”

Buat masa ini dirinya ada menerima bantuan sebanyak RM300 sebulan dari Baitulmal dan  RM70 sebulan bagi separuh dari sewa rumah PPR Beringin, yang didudukinya. Yang mana sewa bulanannya sebanyak RM124.

Pemergian suami Samsul Muhammad, 39 secara mengejut hampir setahun yang lalu cuma berpunca dari sakit perut. Mulanya ia kelihatan mengeras langsung muntah darah. Bila dihantar ke hospital, suaminya tak dapat diselamatkan lagi.

Tahun ini Aidilfitri pertama Rosidah dan anak-anak tanpa suami dan ayah untuk permata hatinya.

Apabila sendiri, bermacam dugaan menimpa emosi. Ada pelbagai tanggapan tanpa mereka sedari, bukan mudah untuknya mencari rezeki.

“Allah masih sayang dengan mengurniakan orang sekeliling yang banyak membantu dari segi sokongan moral. Itu sudah jauh dari mencukupi.”

Ketika ini, Rosidah mendapat sokongan daripada kak Shiela dari Persatuan Witus. Ada benarnya, wanita-wanita yang membesarkan anak-anak sendirian amat memerlukan sokongan moral daripada insan terdekat dengan mereka malah persatuan ibu tunggal untuk mengembalikan kekuatan dan semangat mereka.

Bantu Rosidah

Bagi anda yang ingin meringankan bebanan memberi bantuan, boleh salurkan ke akaun Maybank Rosidah Ahmad di akaun 164593014447.

Semoga setiap sumbangan anda dapat memberikan kebahagiaan buat anak-anak yatim ini.

Sumber

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Selepas Kematian Suami, Wanita Ini Pernah Cuma Tidur Sejam, Cari Duit Raya Demi Gembirakan 3 Anaknya

Sekianlah artikel Selepas Kematian Suami, Wanita Ini Pernah Cuma Tidur Sejam, Cari Duit Raya Demi Gembirakan 3 Anaknya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selepas Kematian Suami, Wanita Ini Pernah Cuma Tidur Sejam, Cari Duit Raya Demi Gembirakan 3 Anaknya dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/selepas-kematian-suami-wanita-ini_3.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :