link : Selepas Versace, Alexander Wang dan Kenzo, H&M Umum Kolaborasi Bersama ERDEM
Selepas Versace, Alexander Wang dan Kenzo, H&M Umum Kolaborasi Bersama ERDEM
Gambar: H&M
Setelah berkolaborasi dengan empayar fesyen terkemuka dunia seperti Alexander Wang, Versace, Kenzo dan Isabel Marant begitu hangat, jenama fesyen antarabangsa, H&M hari ini mengumumkan akan bekerjasama dengan sebuah lagi jenama fesyen terkenal British iaitu ERDEM.
Bagi H&M, Erdem akan menghasilkan satu koleksi baru buat wanita dan buat julung kalinya, koleksi bagi pakaian lelaki. Beliau percaya bahawa setiap koleksinya ada tersirat makna kecantikan, membawa anda meneroka masa lampau serta bersifat peribadi. Menerusi teaser filem oleh pengarah dan produser terkenal, Baz Luhrmann ini, jangkakan satu koleksi indah sarat floral, romantik dan perincian yang kemas.
Menerusi satu kenyataannya, Erdem Moralioglu berkata, “saya amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan H&M dimana ia memberi skala baru pada saya termasuklah mereka koleksi pakaian lelaki yang belum pernah saya lakukan sebelum ini. Dapat bekerjasama bersama Baz Luhrmann, seorang pengarah tersohor dengan karya Strictly Ballroom, Moulin Rouge dan The Great Gatsby juga cukup menggembirakan hati saya”.
ERDEM x H&M akan mula berada di pasaran dan juga secara online bermula 2 November ini.
Demikianlah Artikel Selepas Versace, Alexander Wang dan Kenzo, H&M Umum Kolaborasi Bersama ERDEM
Anda sekarang membaca artikel Selepas Versace, Alexander Wang dan Kenzo, H&M Umum Kolaborasi Bersama ERDEM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/selepas-versace-alexander-wang-dan.html