link : 'Semua nak lepas diri'
'Semua nak lepas diri'
Kuala Lumpur: Dakwaan mereka semuanya tak betul, seolah-olah mahu melepaskan diri.”
Demikian jawapan balas bekas penolong jurulatih skuad bawah 22 tahun negara (B-22), Aminuddin Hussin yang mengakui bengang dengan tuduhan tidak berasas Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi kerana menyalahkan mereka sebagai punca Datuk Ong Kim Swee gagal menghimpunkan kesemua 26 pemain pada latihan pusat kebangsaan, Rabu lalu.
Menurut Aminuddin, dakwaan pengurus skuad B-22 itu seperti sengaja menuding jari kepada barisan pengurusan lama yang diketuai Frank Bernhardt selaku ketua jurulatih ketika itu.
Katanya, Bernhardt tidak pernah sesekali memandang mudah cabaran kelayakan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 pada 19 Julai ini, biarpun pada hakikatnya Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang diletakkan di bahunya adalah pingat emas Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, bulan depan.
Justeru, dari awal lagi pengendali dari Jerman itu sudah beberapa kali mencadangkan kepada FAM dan pengendali Liga Malaysia, iaitu Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) supaya merombak jadual liga tempatan bagi membolehkan pasukan negara mengumpul pemain.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel 'Semua nak lepas diri'
Anda sekarang membaca artikel 'Semua nak lepas diri' dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/semua-nak-lepas-diri.html