DUA serpihan dipercayai daripada pesawat MH370 yang hilang pada 2014 ditemui di Seychelles.
Penguasa Penerbangan Awam Seychelles (SCAA) berkata semalam, serpihan itu ditemui ahli sains yang menjalankan penyelidikan burung dan kura-kura di Farqhar iaitu satu daripada pulau di Seychelles.
“Berdasarkan aliran arus, serpihan ini berkemungkinan besar hanyut dari arah lokasi serpihan lain ditemui di negara Lautan Hindi,” kata pegawai kanan yang tidak mahu dikenali kepada Reuters.
Jurucakap agensi kerajaan yang mengendalikan kepulauan Seychelles, Michael Payet berkata, serpihan paling besar berukuran kira-kira 120 sentimeter (cm) panjang dan 30 cm lebar dan dipercayai dibuat daripada alumnium dan gentian karbon.
“Mungkin ia sebahagian daripada penutup enjin,” katanya.
SCAA berhubungan dengan pihak berkuasa Malaysia “yang menunjukkan minat dan kami mengharapkan menjangkakan bekerja rapat,” kata pihak berkuasa penerbangan dalam satu kenyataan.
Pesawat MH370 yang membawa 239 penumlang dan anak kapal hilang daripada radar ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Mac 2014. – Reuters/myMetro Online
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Serpihan MH370 Di Seychelles?
Sekianlah artikel Serpihan MH370 Di Seychelles? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Serpihan MH370 Di Seychelles? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/serpihan-mh370-di-seychelles.html
Hantu Muncul Ketika Sedang Mandi
Pernahkah anda melihat hantu Atau mungkin anda pernah menangkap hantu yang juga ikut wujud apabila anda cuba foto selfie Percaya atau tidak…Read More...