Shell Tarik Balik Semua Poster Model Wanita Selepas Insiden Tidak Senonoh

Shell Tarik Balik Semua Poster Model Wanita Selepas Insiden Tidak Senonoh - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Shell Tarik Balik Semua Poster Model Wanita Selepas Insiden Tidak Senonoh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Shell Tarik Balik Semua Poster Model Wanita Selepas Insiden Tidak Senonoh
link : Shell Tarik Balik Semua Poster Model Wanita Selepas Insiden Tidak Senonoh

Baca juga


Shell Tarik Balik Semua Poster Model Wanita Selepas Insiden Tidak Senonoh

Petaling Jaya, 3 Julai - Shell memutuskan untuk menarik balik semua papan poster wanita yang mempromosikan bahan api itu di seluruh negara berkuat kuasa serta merta.

Keputusan itu diambil oleh syarikat minyak terbabit selepas beberapa foto viral memaparkan beberapa lelaki bertindak tidak senonoh terhadap poster berkenaan baru-baru ini.

Shell dalam satu kenyataan berkata ia tidak akan membiarkan tindakan kurang sopan itu yang jelas bertentangan dengan nilai teras syarikat itu dan budaya rakyat Malaysia.

Kami menggesa semua orang ramai dan netizen supaya tidak lagi berkongsi lagi imej-imej ini. Papan poster ini akan ditarik balik dari semua stesen minyak kami berkuat kuasa serta-merta,” katanya sebagaimana lapor mStar Online.

Sebelum ini, lelaki yang mengaku sebagai salah seorang yang berkelakuan tidak senonoh terhadap model wanita itu memuat naik permintaan maaf di Facebook.

Kepada semua yang mengenali dan tidak mengenali pun... saya memohon ampun dan maaf atas kesilapan yang saya buat dan saya sedar yang saya salah kerana bersikap tidak elok pada patung #gadisShell tersebut.

“Kepada keluarga #gadisShell, saya memohon ampun maaf zahir dan batin pada bulan yang mulia ini,” katanya.

Sementara itu, model pada poster berkenaan, Nor Shafila Khairusalleh, 25, kesal dengan tindakan sekumpulan lelaki mencium dan memegang beberapa bahagian sensitifnya ketika bergambar.

Bagaimanapun, dia tidak akan mengambil tindakan terhadap individu-individu yang 'mencabul' poster gambarnya, sebaliknya memaafkan mereka.

Sumber: mStar Online

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Shell Tarik Balik Semua Poster Model Wanita Selepas Insiden Tidak Senonoh

Sekianlah artikel Shell Tarik Balik Semua Poster Model Wanita Selepas Insiden Tidak Senonoh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Shell Tarik Balik Semua Poster Model Wanita Selepas Insiden Tidak Senonoh dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/shell-tarik-balik-semua-poster-model.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :