link : Shhh! 5 Situasi Ini Tingkatkan Nafsu Keinginan Isteri Untuk Beraksi Di Ranjang
Shhh! 5 Situasi Ini Tingkatkan Nafsu Keinginan Isteri Untuk Beraksi Di Ranjang
Hubungan seks di dalam perkahwinan adalah hubungan suci yang melengkapkan fitrah bagi setiap pasangan. Namun begitu dalam menyempurnakan tanggungjawab ini,tidak ramai wanita yang sanggup meluahkan hasrat untuk melakukan hubungan seks meskipun berkeinginan melakukannya berbanding lelaki.
Sifat malu yang menebal dalam diri wanita menyebabkan mereka mengharapkan para suami, memahami sendiri kehendak ini.
Para suami perlu tahu, terdapat 5 situasi yang mampu meningkatkan nafsu keinginan isteri untuk melakukan hubungan intim ini.
Jom Semak!
1.Bila berjauhan dengan pasangan
Apabila suami meninggalkan isteri berhari-hari atas urusan kerja ke luar daerah, masa tidur di ranjang bersendirian akan membangkitkan ghairah isteri. Rasa berjauhan memendam rindu yang membuak buat suami. Maka tidak hairanlah pabila suami pulang, isteri akan menjadi lebih ‘manja’ daripada biasa bagi melepaskan rindu dan kasih.
2.Waktu Subur
Perlu tahu, nafsu wanita terhadap seks adalah tinggi ketika ovulasi atau waktu subur iaitu pada hari ke 14 selepas kedatangan haid. Pengaruh hormon menyebabkan wanita mudah terangsang dan berkeinginan untuk melakukan hubungan seks meskipun tanpa rangsangan yang hebat.
3.Selepas Bertengkar
Seks juga sering menjadi “penyudah” kepada setiap pertengkaran suami isteri. Selepas bertengkar dan merajuk panjang, tidak ada apa yang lebih diinginkan oleh isteri selain daripada dipujuk dan dipeluk oleh pasangannya. Sentuhan dan belaian suami pada waktu ini akan menyejukkan hati isteri yang masih dalam keadaan rajuk. Kepandaian memujuk boleh menyebabkan situasi tersebut berakhir dengan penuh kenikmatan buat anda berdua.
4.Keadaan Tertekan
Seks diakui mampu meredakan tekanan baik pada lelaki mahupun wanita. Jadi apabila melihat isteri dalam keadaan tertekan dan murung, hubungan seks mungkin membantu dirinya untuk lebih relaks. Namun begitu, harus juga melihat pada situasinya. Jika isteri tidak memberi respon pada rangsangan yang diberikan, mungkin seks bukanlah apa yang dinginkan. Sebaliknya, ajak dirinya untuk berkongsi masalah, cara itu mungkin membantu mengurangkan stress yang dialaminya.
5.Menerima Berita Gembira
Ini adalah masa yang paling baik untuk melakukan hubungan seks. Ajakan untuk melakukan hubungan seks pastinya tidak akan ditolak apabila hati isteri rasa senang dan gembira. Jadi buat para suami, gembirakan lah hati isteri anda selalu, pasti “ganjaran” hebat menanti daripada isteri tersayang.
Info Ekstra!
Kajian daripada doktor di University of Montreal; Hubungan seks yang dilakukan sekurang-kurangnya selama 24 minit dapat membakar 104 kalori untuk lelaki dan 67 kalori untuk wanita. Hubungan seks juga dapat meningkatkan denyutan jantung dan melatih otot untuk lebih efektif, sekaligus membuatkan tubuh jadi lebih langsing. Menarik bukan?
Demikianlah Artikel Shhh! 5 Situasi Ini Tingkatkan Nafsu Keinginan Isteri Untuk Beraksi Di Ranjang
Anda sekarang membaca artikel Shhh! 5 Situasi Ini Tingkatkan Nafsu Keinginan Isteri Untuk Beraksi Di Ranjang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/shhh-5-situasi-ini-tingkatkan-nafsu.html