link : Sienna Miller Kekasih Baru Brad Pitt?
Sienna Miller Kekasih Baru Brad Pitt?
Hampir setahun perpisahan antara Angelina Jolie dan Brad Pitt. Terbaharu, aktor berusia 53 tahun itu dikabarkan sudah bertemu dengan wanita yang berjaya memikat hatinya atau lebih tepat pengganti Angelina Jolie.
Laporan US Weekly menyebut, Brad Pitt kini rapat aktres Sienna Miller. Malah kedua-dua selebriti ini dikatakan pergi bersama ke festival Glastonbury pada Jun lalu.
“Mereka kerap menghabiskan waktu bersama akhir-akhir ini,” dedah sumber.
Bagaimanapun, Sienna Miller dan Brad Pitt dikhabarkan masih belum serius menjalani hubungan cinta. Mereka kini masih berusaha untuk saling mengenal masing-masing dengan lebih dalam.
“Tapi mereka adalah pasangan yang serasi,” kata sumber itu lagi.
Hingga kini, masih belum ada kenyataan rasmi daripada Sienna Miller mahupun Brad Pitt mengenai khabar hubungan asmara mereka.
Brad Pitt dan Sienna Miller pertama kali dipertemukan pada 2015 menerusi filem The Lost City of Z. Pada April 2017, keduanya dikhabarkan mulai kembali rapat.
The post Sienna Miller Kekasih Baru Brad Pitt? appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Sienna Miller Kekasih Baru Brad Pitt?
Anda sekarang membaca artikel Sienna Miller Kekasih Baru Brad Pitt? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/sienna-miller-kekasih-baru-brad-pitt_7.html