Sistem EIA baharu bakal diperkenal - Wan Junaidi

Sistem EIA baharu bakal diperkenal - Wan Junaidi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sistem EIA baharu bakal diperkenal - Wan Junaidi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sistem EIA baharu bakal diperkenal - Wan Junaidi
link : Sistem EIA baharu bakal diperkenal - Wan Junaidi

Baca juga


Sistem EIA baharu bakal diperkenal - Wan Junaidi

GEORGE TOWN: Sistem Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) yang baharu bakal diperkenalkan tidak lama lagi, yang antara lainnya, menyenaraikan syarat-syarat lebih ketat untuk projek pembangunan mega termasuk penambakan laut.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sistem EIA baharu itu akan dibentangkan di peringkat jemaah menteri terlebih dahulu sebelum dibawa ke peringkat seterusnya.

"Selepas jemaah menteri bersetuju (dengannya), kita akan bentangkan pada Majlis Pembangunan Fizikal Negara sebelum kita bentangkan pada Majlis Tanah Negara.

"Selepas itu, kalau semua tiada halangan dengan sistem EIA baharu, barulah ia boleh diguna pakai," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Jabatan Perhilitan dan Persatuan Patologi Veterinar Malaysia di sini, hari ini.

Menurutnya sistem EIA baharu itu akan mengambil kira faktor sosial dan impak politik termasuk aduan para nelayan selain membabitkan penyertaan lebih banyak agensi termasuk Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Taman Laut dan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (Nahrim).

Ditanya mengenai projek pembangunan Seri Tanjung Pinang Fasa II, Wan Junaidi berkata projek berkenaan telah diluluskan dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam laporan EIA.

"Mana-mana projek pembangunan yang sudah diluluskan, tidak boleh ditarik balik. Saya sudah maklumkan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang bahawa mana-mana projek pembangunan selepas ini adalah tertakluk kepada sistem EIA baharu," katanya.

Beliau berkata projek tambakan laut untuk pembinaan tiga pulau buatan di negeri ini adalah tertakluk di bawah sistem EIA baharu itu tetapi pembangunan projek berkenaan masih belum diluluskan.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Sistem EIA baharu bakal diperkenal - Wan Junaidi

Sekianlah artikel Sistem EIA baharu bakal diperkenal - Wan Junaidi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sistem EIA baharu bakal diperkenal - Wan Junaidi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/sistem-eia-baharu-bakal-diperkenal-wan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :