Siti Kasim Lapor Polis Dakwa Diugut Rogol, Pancung

Siti Kasim Lapor Polis Dakwa Diugut Rogol, Pancung - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siti Kasim Lapor Polis Dakwa Diugut Rogol, Pancung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siti Kasim Lapor Polis Dakwa Diugut Rogol, Pancung
link : Siti Kasim Lapor Polis Dakwa Diugut Rogol, Pancung

Baca juga


Siti Kasim Lapor Polis Dakwa Diugut Rogol, Pancung


Peguam dan Aktivis Siti Zabedah Kasim membuat laporan polis terhadap seorang lelaki yang dikatakan mengajak orang ramai untuk memancung kepalanya.

Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim merupakan aktivis kumpulan LGBT ( Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) 'Seksualiti Merdeka' yang bernaung di bawah Comango (Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR).

Ugutan pertama diterimanya pada 3 julai lalu berikutan pendiriannya berkaitan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender yang didakwanya disalah petik dari sebuah laman web. Siti Kasim kemudiannya menerima ugutan dari individu yang sama pada 19 julai.

Siti Kasim berkata, ugutan lain yang diterimanya ialah pancung kepala, rogol dan simbah asid ke muka, lapor New Strait Times.

Menurut beliau, ugutan dalam media sosial itu dianggap sebagai perkara serius kerana ada pengguna lain yang turut menyahut cabaran malah mereka telah bertukar nombor Whatsapp untuk berbincang dengan lebih lanjut.

"Ada netizen menjawab dan menyahut cabaran, mereka bertukar nombor Whatsapp,orang lain pula menyatakan supaya tidak berbincang hal itu di media sosial kerana ia boleh dibaca orang lain," katanya.

Siti Kasim menyatakan bahawa ini merupakan ugutan yang paling serius yang pernah diterimanya yang memaksa beliau membuat laporan polis bagi menjamin keselamatannya.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Sentul pagi tadi.

Siti berharap polis akan mengambil tindakan kepada mereka-mereka yang mengugutnya. Bagaimanapun, Siti Kasim tidak mendedahkan laman web tersebut kerana mahu menganggu siasatan polis.

Sumber - New Straits Times

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Siti Kasim Lapor Polis Dakwa Diugut Rogol, Pancung

Sekianlah artikel Siti Kasim Lapor Polis Dakwa Diugut Rogol, Pancung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siti Kasim Lapor Polis Dakwa Diugut Rogol, Pancung dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/siti-kasim-lapor-polis-dakwa-diugut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :