Skuad Piala Emas Raja-Raja KL mahu bentuk pasukan berkualiti

Skuad Piala Emas Raja-Raja KL mahu bentuk pasukan berkualiti - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skuad Piala Emas Raja-Raja KL mahu bentuk pasukan berkualiti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skuad Piala Emas Raja-Raja KL mahu bentuk pasukan berkualiti
link : Skuad Piala Emas Raja-Raja KL mahu bentuk pasukan berkualiti

Baca juga


Skuad Piala Emas Raja-Raja KL mahu bentuk pasukan berkualiti

KUALA LUMPUR: Skuad Piala Emas Raja-Raja Kuala Lumpur mencari barisan pemain berkualiti selain berazam mengulangi pencapaian sekurang-kurangnya separuh akhir seperti tahun lepas.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Ramlan Askolani berkata, kerana itu satu sesi pemilihan pemain bagi edisi 2017 akan diadakan pada hujung minggu ini.

"Saya benar benar mengharapkan ramai pemain yang berkualiti untuk mencuba nasib mereka pada sesi kali ini.

"Kita mengharapkan seramai pemain yang mungkin untuk menghadiri sesi pemilihan pada kali ini kerana kami memang mahukan pemain yang berkualiti.

"Pada tahun lalu, kami berjaya melangkah ke separuh akhir, jadi pada tahun ini jika melangkah ke final ia adalah bonus," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Pada tahun lalu, skuad Kuala Lumpur tewas kepada Pahang yang juga juara bertahan di peringkat separuh akhir. Kata Ramlan yang baharu memegang jawatan presiden tahun ini, sesi pemilihan akan berjalan selama dua hari di padang D Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi bermula jam 3 sehingga 5 petang pada Sabtu.

"Ia kemudian diteruskan pada Ahad yang bermula dari jam 8 hingga 10 pagi juga di lokasi sama.

"Sebagai persiapan, kami akan mengadakan latihan yang lebih terperinci serta akan mengharungi beberapa perlawanan persahabatan.

"Begitupun, kita perlu melihat bagaimana pasukan itu dibentuk terlebih dulu," ujarnya.

Tambahnya, syarat bagi sesi pemilihan itu ialah pemain mestilah di bawah umur 35 tahun dengan pemain yang beraksi dalam saingan Liga Super dan Perdana musim ini tidak dibenarkan bermain.

"Bekas pemain Liga Super dan Liga Perdana 2016 serta tahun sebelumnya dibenarkan untuk bermain," katanya.

Pusingan awal Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja-Raja akan berlangsung dari 18 sehingga 24 September ini.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Skuad Piala Emas Raja-Raja KL mahu bentuk pasukan berkualiti

Sekianlah artikel Skuad Piala Emas Raja-Raja KL mahu bentuk pasukan berkualiti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skuad Piala Emas Raja-Raja KL mahu bentuk pasukan berkualiti dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/skuad-piala-emas-raja-raja-kl-mahu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :