Skuad Tok Gajah Gagal Pamer Aksi Cemerlang

Skuad Tok Gajah Gagal Pamer Aksi Cemerlang - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skuad Tok Gajah Gagal Pamer Aksi Cemerlang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skuad Tok Gajah Gagal Pamer Aksi Cemerlang
link : Skuad Tok Gajah Gagal Pamer Aksi Cemerlang

Baca juga


Skuad Tok Gajah Gagal Pamer Aksi Cemerlang

KUANTAN – Serba tidak menjadi, itulah yang dapat disimpulkan dengan corak permainan yang ditunjukkan skuad Tok Gajah ketika menentang pasukan Negeri Sembilan di gelanggang sendiri malam tadi.

Ketua Jurulatih Pahang Dollah Salleh berkata corak permainan yang ditunjukkan oleh anak buanya terlalu longgar terutama ketika perlawanan mula memasuki separuh masa pertama perlawanan.

“Hari ini memang tak menjadi dalam separuh masa pertama khasnya nampak ketara sangat kita tidak bermain pada tahap sebenar.

“Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ini, walaupun kita cuba bangkit pada separuh masa kedua tahap yang ditunjukkan oleh pasukan Pahang masih belum mencapai tahap sebenar mereka,” katanya ketika ditemui selepas seri 2-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur itu.   

Katanya, kelebihan beraksi di gelanggang sendiri gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak buahnya, sebaliknya mereka mempamerkan aksi seolah-olah mereka bermain di gelanggang lawan.

Walaupun mengakui banyak kesilapan mudah yang banyak dilakukan pemain Pahang, Dollah tetap bersyukur dengan keputusan seri pada perlawanan pembukaan Piala Malaysia itu.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Negeri Sembilan Mohd Asri Ninggal berkata anak buahnya mempamerkan aksi cemerlang dengan mengikuti strategi yang telah diatur.

“Saya rasa satu mata di sini merupakan pencapaian yang baik terutama bermain di gelanggang lawan dan kita tahu Pahang merupakan satu pasukan yang baik,” katanya.       

Beliau berpuas hati dengan komitmen 100 peratus yang ditunjukkan oleh pemainnya di samping strategi bertahan yang dilaksanakan pasukan itu berjaya mengekang Pahang daripada mengutip mata penuh. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Skuad Tok Gajah Gagal Pamer Aksi Cemerlang

Sekianlah artikel Skuad Tok Gajah Gagal Pamer Aksi Cemerlang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skuad Tok Gajah Gagal Pamer Aksi Cemerlang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/skuad-tok-gajah-gagal-pamer-aksi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :