SPAN Belum Putus Permohonan Naik Surcaj Pemuliharaan Air

SPAN Belum Putus Permohonan Naik Surcaj Pemuliharaan Air - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPAN Belum Putus Permohonan Naik Surcaj Pemuliharaan Air, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPAN Belum Putus Permohonan Naik Surcaj Pemuliharaan Air
link : SPAN Belum Putus Permohonan Naik Surcaj Pemuliharaan Air

Baca juga


SPAN Belum Putus Permohonan Naik Surcaj Pemuliharaan Air

GEORGE TOWN – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah menerima permohonan daripada kerajaan Pulau Pinang untuk menaikkan surcaj pemuliharaan air (SPA) bagi penggunaan domestik di negeri itu, namun masih belum membuat sebarang keputusan mengenainya.

Pengerusi SPAN Datuk Liang Teck Meng berkata keputusan itu masih belum dimuktamadkan memandangkan SPAN berpendapat jika kerajaan negeri berhasrat untuk menaikkan SPA, ia lebih sesuai dilakukan serentak dengan menaikkan kadar tarif, agar selari.

Sehubungan itu, katanya, jika kerajaan negeri juga bercadang untuk menaikkan tarif air, mereka diminta untuk membentangkannya bersama dengan cadangan menaikkan SPA.

“Kerajaan negeri perlu jelaskan rasional kenaikan tarif itu dan SPAN akan mengadakan pendengaran awam untuk mendapat maklum balas daripada orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Loji Rawatan Kumbahan (LRK) Batu Ferringhi dekat sini, hari ini.

Beliau berkata selepas semua proses berkenaan selesai, barulah ia akan dibawa ke kabinet untuk tindakan selanjutnya.

Turut hadir pada lawatan kerja itu, Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Datuk Mohd Ridhuan Ismail; Pengerusi Indah Water Konsortium (IWK), Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Mohamed Haniffa Abdul Hamid.

Mengenai lawatan kerja hari ini, Liang berkata SPAN dan IWK amat prihatin dalam usaha meningkatkan kecekapan dalam pengurusan sisa kumbahan demi menjamin pembangunan yang mampan dan kelestarian alam sekitar.

Beliau berkata projek menaik taraf LRK Batu Ferringhi misalnya, berjaya menampung aliran kumbahan yang semakin meningkat ekoran pembangunan pesat di samping dapat memastikan tiada pelepasan sisa kumbahan secara terus ke sungai dan laut di sekitar kawasan berkenaan. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel SPAN Belum Putus Permohonan Naik Surcaj Pemuliharaan Air

Sekianlah artikel SPAN Belum Putus Permohonan Naik Surcaj Pemuliharaan Air kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPAN Belum Putus Permohonan Naik Surcaj Pemuliharaan Air dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/span-belum-putus-permohonan-naik-surcaj.html

Subscribe to receive free email updates: