SPAN Kesan Kes Curi Air Libat Kerugian RM221,482

SPAN Kesan Kes Curi Air Libat Kerugian RM221,482 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPAN Kesan Kes Curi Air Libat Kerugian RM221,482, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPAN Kesan Kes Curi Air Libat Kerugian RM221,482
link : SPAN Kesan Kes Curi Air Libat Kerugian RM221,482

Baca juga


SPAN Kesan Kes Curi Air Libat Kerugian RM221,482

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) hari ini mengesan satu kes kecurian air di sebuah tapak pembinaan bangunan pangsapuri di Jalan Rasa Sayang, Cheras, di sini, melibatkan kerugian kira-kira RM221,482 sejak Januari tahun lepas.

Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna SPAN Hisyam Samad berkata berikutan itu satu operasi penguatkuasaan secara mengejut ke tapak pembinaan itu dilakukan pada 10 pagi tadi.

Operasi bersama melibatkan 10 pegawai penguatkuasa itu, selepas SPAN menerima aduan daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

“Dalam operasi berkenaan, SPAN mendapati terdapat satu sambungan paip poli berukuran 32 mm daripada paip utama Syabas berukuran 100 mm dilakukan untuk menyalurkan bekalan air ke kawasan kediaman sementara pekerja-pekerja untuk kegunaan harian,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Susulan itu, SPAN telah mengeluarkan notis sita dan merampas barangan hasil sambungan bekalan air haram di kawasan berkenaan manakala pihak Syabas mengeluarkan notis ganti rugi bagi kehilangan air sepanjang tempoh berkenaan sebelum siasatan dilakukan.

Terdahulu, SPAN dalam kenyataannya hari ini berkata hasil semakan mendapati, premis berkenaan mempunyai dua akaun bekalan air yang didaftar di bawah nama berlainan.

Akaun pertama masih berstatus aktif manakala akaun kedua telah ditamatkan perkhidmatan pada 18 Januari tahun lepas. Ujian klorin di tapak juga mengesahkan bekalan air yang diterima merupakan air terawat,” katanya.

Kesalahan penyambungan secara haram itu disiasat mengikut Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655). Sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Sehubungan itu, SPAN meminta kerjasama orang ramai melaporkan kes-kes disyaki melakukan kecurian air kepada Bahagian Penguatkuasaan SPAN di talian 03-83179333 atau emel ke [email protected] – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel SPAN Kesan Kes Curi Air Libat Kerugian RM221,482

Sekianlah artikel SPAN Kesan Kes Curi Air Libat Kerugian RM221,482 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPAN Kesan Kes Curi Air Libat Kerugian RM221,482 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/span-kesan-kes-curi-air-libat-kerugian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :