SPRM Tahan 2 Lelaki Cuba Sogok Inspektor Polis

SPRM Tahan 2 Lelaki Cuba Sogok Inspektor Polis - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPRM Tahan 2 Lelaki Cuba Sogok Inspektor Polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPRM Tahan 2 Lelaki Cuba Sogok Inspektor Polis
link : SPRM Tahan 2 Lelaki Cuba Sogok Inspektor Polis

Baca juga


SPRM Tahan 2 Lelaki Cuba Sogok Inspektor Polis

KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lelaki yang cuba merasuah anggota polis sebanyak RM5,000 supaya dilepaskan atas beberapa kes jenayah, semalam.

Pengarah SPRM Kelantan Datuk Moh Samsuddin Yusof berkata dua lelaki berumur 30 dan 45 tahun yang bekerja sebagai buruh, ditahan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

“Buat masa sekarang kes sedang dilengkapkan oleh pihak kami (SPRM) sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan di mahkamah,”  katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Moh Samsuddin meminta penjawat awam supaya segera merujuk kepada pihak berkaitan sekiranya ditawarkan rasuah supaya tindakan segera dapat diambil.

Sementara itu, mengulas kes sama, Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata dua lelaki terbabit ditahan dalam satu operasi Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Ahad lepas.

Beliau berkata suspek didapati melakukan kesalahan berkaitan dadah, casis motosikal meragukan, gagal mengemukakan kad pengenalan serta memiliki senapang angin di Kampung Seligi, Pasir Puteh, kira-kira 1.35 tengah hari.

“Suspek didapati cuba beberapa kali merasuah pegawai itu sehinggalah satu laporan dibuat kepada SPRM. Susulan daripada laporan yang dibuat, sepasukan pegawai SPRM kemudiannya membuat tangkapan terhadap kedua-dua suspek atas kesalahan cuba memberi dan menawarkan rasuah kepada pegawai kami, ” katanya. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel SPRM Tahan 2 Lelaki Cuba Sogok Inspektor Polis

Sekianlah artikel SPRM Tahan 2 Lelaki Cuba Sogok Inspektor Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPRM Tahan 2 Lelaki Cuba Sogok Inspektor Polis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/sprm-tahan-2-lelaki-cuba-sogok.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :