Stesen MRT Diancam Vandalisme Selepas Baru Seminggu Beroperasi

Stesen MRT Diancam Vandalisme Selepas Baru Seminggu Beroperasi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Stesen MRT Diancam Vandalisme Selepas Baru Seminggu Beroperasi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Stesen MRT Diancam Vandalisme Selepas Baru Seminggu Beroperasi
link : Stesen MRT Diancam Vandalisme Selepas Baru Seminggu Beroperasi

Baca juga


Stesen MRT Diancam Vandalisme Selepas Baru Seminggu Beroperasi

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Selepas baru seminggu Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh – Kajang dilancarkan pada 17 Julai lepas, sudah terlihat tanda-tanda stesennya diancam ‘tangan nakal’ yang melakukan vandalisme.

Menerusi laporan Astro AWANI pada Ahad lepas, Stesen MRT Merdeka dan Stesen MRT Bukit Bintang adalah antara stesen yang menjadi mangsa vandalisme pengguna ibu kota.

Puntung rokok dilihat dibuang merata-rata tempat dan tempat duduk awam di kawasan platform juga dicalarkan serta ditoreh sehingga ia terpaksa dikeluarkan sementara bagi kerja-kerja membaikpulih. Ini mesti jenis tangan tak boleh duduk diam! 



Sumber: Twitter Sumber: Astro AWANI

Tidak cukup dengan itu, pengguna MRT juga membuang sampah seperti kayu, plastik makanan dan botol air di kawasan sekitar stesen sesuka hati mereka. Meskipun perbuatan pengguna yang tidak bertanggungjawab ini diperhatikan penyelenggara Stesen MRT Bukit Bintang, dia tidak mampu berbuat apa-apa.

“Saya tak boleh tegur mereka, kerana mereka orang Malaysia, saya orang luar. Apa yang saya boleh buat hanyalah mengambil gambar dan laporkan kepada pihak pengurusan,” kata pekerja warganegara asing, Md Rasal. 

Sumber: Astro AWANI Sumber: Astro Awani Sumber: Astro AWANI Sumber: Astro AWANI

Eii tak rasa malu ke korang??

Sejak Stesen MRT Merdeka dibuka, majoriti ibu bapa telah membawa anak-anak mereka untuk merasai sendiri pengalaman menaiki MRT dan melihat keunikan stesen tersebut. Namun situasinya lain pula yang terjadi.

Stesen MRT Merdeka yang dihiasi dengan dinding unik bertulisan mesej Rukun Negara diancam oleh kanak-kanak yang cuba melakukan aksi memanjat dinding atau ‘wall climbing’.



Sumber: Astro AWANI

“Panel dinding ini amat mahal, kita harap ibu bapa boleh kawal anak mereka untuk tidak memijak atau cuba memanjat dinding itu. Selain ia merosakkan mesej Rukun Negara, ditakuti jika ia jatuh, mampu membawa kepada kecederaan,” kata Pengurus Stesen MRT Merdeka, Chia Seng Kah. 

Sumber: Twitter

Dah macam extreme park pula stesen MRT ni ye!

Kerosakan dan ancaman vandalisme di stesen-stesen MRT ini telah mendapat perhatian netizen yang juga sedih dengan ‘minda kelas ketiga’ yang dimiliki pengguna kemudahan awam ini.

Sumber: Twitter Sumber: Twitter Sumber: Twitter

Malah menerusi laman Instagram, Pengarah Strategik Komunikasi dan Pihak Berkepentingan MRT Corp, Datuk Najmuddin Abdullah telah meluahkan rasa kesedihannya melihat kerosakan yang ditemui semasa melawat ke beberapa stesen MRT baru-baru ini.

Sumber: Twitter Sumber: Twitter

Beliau juga memberitahu bahawa individu atau kumpulan yang ditangkap melakukan kerosakan pada kemudahan awam terutamanya di stesen MRT, boleh dikenakan hukuman dan didakwa di bawah Akta Kerajaan Tempatan (9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991) yang membawa denda RM2,000 atau penjara tak lebih daripada setahun jika sabit kesalahan.



Oleh itu, sayangilah harta benda awam. Jangan rosakkannya dan hargailah kemudahan yang diberikan kerajaan. Kalau mahukan fasiliti kelas pertama, minda juga harus setara dengan fasiliti yang disediakan. Tak gitu??

Baca: Kisah Inspirasi Gadis Berumur 21 Tahun Jadi Kapten Termuda LRT Dapat Kutukan Netizen

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Stesen MRT Diancam Vandalisme Selepas Baru Seminggu Beroperasi

Sekianlah artikel Stesen MRT Diancam Vandalisme Selepas Baru Seminggu Beroperasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Stesen MRT Diancam Vandalisme Selepas Baru Seminggu Beroperasi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/stesen-mrt-diancam-vandalisme-selepas.html

Subscribe to receive free email updates: