Sultan Johor puas hati

Sultan Johor puas hati - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sultan Johor puas hati, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Johor puas hati
link : Sultan Johor puas hati

Baca juga


Sultan Johor puas hati

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan dan berpuas hati dengan pencapaian pembelajaran agama Islam Dennis Muhammad Abdullah yang juga bakal suami puteri tunggal baginda Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah.

Perkara itu dinyatakan Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim kepada Pejabat Media Diraja yang juga pejabat media dan komunikasi rasmi Keluarga Diraja Johor, hari ini.

Ismail berkata, Dennis Muhammad diberi bimbingan serta pengajaran Islam oleh sekumpulan ustaz dari Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) sejak awal Mac lalu.

Malah, Ismail bersama isterinya, Datin Zawiah Mohamed dilantik sebagai keluarga angkat Dennis Muhammad pada awal Februari lalu selepas mendapat perkenan daripada Tuanku Sultan dan Permaisuri Johor.

Katanya, Dennis Muhammad yang berasal dari Belanda memeluk Islam pada 31 Mei 2015 dan bakal melangsungkan perkahwinan dengan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah di Istana Bukit Serene pada 14 Ogos ini.

“Satu modul pembelajaran agama Islam yang intensif dan sistematik dirangka dengan dibimbing ustaz dari JAIJ bagi memberikan pengajaran secara sempurna kepada Dennis Muhammad,” katanya.

Beliau berkata, ia termasuk pembelajaran al-Quran, fardu ain selain pengajaran Bahasa Melayu, protokol dan istiadat Diraja Johor, penulisan Jawi serta penerangan mengenai struktur organisasi kerajaan negeri Johor.

Ismail berkata, pada 5 Julai lalu, beliau mempersembahkan laporan pembelajaran Dennis Muhammad kepada Tuanku Sultan dan baginda berpuas hati dengannya.

"Dalam tempoh tiga bulan sahaja, Dennis Muhammad dapat mengikuti segala pembelajaran dengan baik dan cemerlang, termasuk berupaya menghafal 10 surah terakhir daripada al-Quran, doa Qunut serta ayat Kursi,” katanya.

Dennis Muhammad turut diberikan pengajaran fardu ain merangkumi tertib solat, rukun iman dan rukun islam, puasa, zakat dan haji.

"Selain tidak pernah lupa menunaikan solat Jumaat, beliau juga tidak pernah ketinggalan menunaikan solat Tarawih sepanjang Ramadan," katanya.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Sultan Johor puas hati

Sekianlah artikel Sultan Johor puas hati kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sultan Johor puas hati dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/sultan-johor-puas-hati.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :