link : Suratan Atau Kebetulan, Insan Yang Bergambar Di Sebelah Saya 18 Tahun Dulu Adalah Jodoh Dan Isteri Saya Sekarang
Suratan Atau Kebetulan, Insan Yang Bergambar Di Sebelah Saya 18 Tahun Dulu Adalah Jodoh Dan Isteri Saya Sekarang
Satu kisah yang amat menarik ini dikongsikan oleh Harian Metro telah mendapat perhatian netizen yang turut gembira dengan perjalanan cerita milik pasangan suami isteri Sith Ismail dan Latifah Yunos yang kongsikan kisah cinta mereka yang bermula dengan bergambar semasa kecil dan berakhir dengan perkahwinan yang tidak pernah dijangka oleh sesiapa pun.
Sith menjelaskan gambar ketika mereka kecil itu diambil dengan tidak sengaja sewaktu masing-masing berusia 11 tahun dan 9 tahun pada ketika itu. Gambar mereka yang dirakamkan itu ketika mereka menghadiri satu majlis ziarah Marhaban di rumah rakan Sith di Kampung Separap, Batu Pahat, Johor, katanya.
Menurut Sith, waktu itu dia langsung tidak memikirkan tentang cinta apatah lagi untuk jatuh cinta. Namun, dia menyedari akan kewujudan gambar berkenaan ketika tahun 2015, selepas beberapa minggu pernikahannya dilangsungkan. Sith tergerak hati untuk mengeluarkan kesemua gambar lama dalam simpanannya dan gambar tersebut adalah salah satu daripadanya.
Yang menariknya, Sith ditanya isterinya adakah beliau mengenali kanak-kanak perempuan yang bergambar bersama di sebelahnya. Sith mula tercengang dan langsung tidak menyangka orang yang berada di sebelahnya ketika itu adalah isterinya sekarang.
Lebih menarik apabila Sith mengatakan dia sentiasa terkenangkan gambar yang amat bermakna itu ketika menjelangnya Aidilfitri kerana gambar berkenaan dirakamkan sewaktu perayaan itu berlangsung.
Katanya, "tradisi ziarah rumah ke rumah atau dikenali sebagai Marhaban ini memang amalan tradisi penduduk Johor. Disebabkan itulah setiap kali tibanya raya, saya akan teringat peristiwa manis itu.
Menurut Sith lagi setiap kali beliau teringat akan kenangan itu, setiap kali itu jugalah beliau akan tersenyum seorang diri. Dia juga langsung tidak menyangka jodohnya selama ini ada di sebelahnya saja, katanya.
Pasangan ideal ini menyambut Aidilfitri pada tahun ini di Parit Sulong, Batu Pahat dan perkenalan mereka sebenarnya bermula menerusi aplikasi WeChat yang kemudiannya bersahabat seterusnya mengikat tali pertunangan sebelum mengakhiri perhubungan itu dengan perkahwinan.
Demikianlah Artikel Suratan Atau Kebetulan, Insan Yang Bergambar Di Sebelah Saya 18 Tahun Dulu Adalah Jodoh Dan Isteri Saya Sekarang
Anda sekarang membaca artikel Suratan Atau Kebetulan, Insan Yang Bergambar Di Sebelah Saya 18 Tahun Dulu Adalah Jodoh Dan Isteri Saya Sekarang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/suratan-atau-kebetulan-insan-yang.html