SERI ISKANDAR – Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang wanita bagi membantu satu kes penipuan pada 2013 membabitkan kerugian RM224,500 terhadap seorang pesara kerajaan.
Dalam kejadian 10 November 2013 itu, mangsa yang juga wanita berusia 56 tahun dipercayai ditawarkan pelaburan koperasi yang tidak pernah wujud bagi pembelian peralatan dan mesin untuk keperluan pelajar di sebuah institut pendidikan di Sungai Petani, Kedah.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek dikenali sebagai Norsalawati Mohd Ali berusia 43 tahun yang alamat terakhirnya di Taman Nilam Fasa 2, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar.
Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai bekas kakitangan institusi itu dan menawarkan pelaburan koperasi kepada mangsa sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM224,500.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di talian 05-3712222,” katanya. – myMetro Online
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Suspek Tipu RM224,500 Dicari Polis
Sekianlah artikel Suspek Tipu RM224,500 Dicari Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Suspek Tipu RM224,500 Dicari Polis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/suspek-tipu-rm224500-dicari-polis.html
'Selamat Tinggal Puntung'
Lahad Datu: Sekiranya anda masih ingat tentang kisah seekor badak sumbu Sumatra yang menderita kanser kulit, berita ini akan menyedihkan a…Read More...
Izzue Islam Rancang Jumpa Pakar
EMPAT tahun mendirikan rumah tangga pelakon dan penyanyi Izzue Islam dalam satu status ucapan ulang tahun perkahwinannya dengan pengurus A…Read More...
Izzue Islam Rancang Jumpa Pakar
EMPAT tahun mendirikan rumah tangga pelakon dan penyanyi Izzue Islam dalam satu status ucapan ulang tahun perkahwinannya dengan pengurus A…Read More...