link : Tak Boleh Tahan Nafsu Binatang, Bapa Rogol Anak.
Tak Boleh Tahan Nafsu Binatang, Bapa Rogol Anak.
JIJIK! Itulah yang boleh digambarkan apabila seorang bapa didapati telah merogol anak kandungnya sendiri. Bagai haruan makan anak..
Kejadian itu telah berlaku petang semalam di Kampung Tasek Badang dekat Kota Bharu, Kelantan.
Pada mulanya si anak telah menuju ke dapur untuk mandi sebelum didapati si bapa menghampirinya dari belakang dan mengheret si anak.
Mangsa merupakan pelajar sekolah menengah berusian 14tahun. Malang sekali bagi si anak apabila kejadian tersebut tidak disedari oleh si ibu kerana ketika itu ibunya berada di luar rumah. Kerana tubuh badan yang masih kecil, dia tidak dapat melawan kerana si bapa durjana telah mengugut untuk memukulnya jika dia menjerit.
Apalah dosa si anak sehingga bapa kandungnya sanggup merogol anak sendiri.
Mangsa telah mengadu kepada ibunya tentang perbuatan jijik si bapa.
Si anak juga memberitahu bahawa sebelum ini bapanya pernah meraba alat sulitnya beberapa kali sebelum kejadian rogol ini terjadi.
Dipetik daripada Sinar Harian Online, remaja itu kemudian di hantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kelantan untuk pemeriksaan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, hasil daripada siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa, suspek berusia 40 tahun itu yang juga merupakan pekerja buruh telah berjaya ditahan.-MYNEWSHUB.CC
Oleh: Ainaa Hafizah
Loading...
Demikianlah Artikel Tak Boleh Tahan Nafsu Binatang, Bapa Rogol Anak.
Anda sekarang membaca artikel Tak Boleh Tahan Nafsu Binatang, Bapa Rogol Anak. dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/tak-boleh-tahan-nafsu-binatang-bapa.html