link : Tak hirau beban dunia seni
Tak hirau beban dunia seni
Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari. Pepatah itu mungkin sesuai bagi teraju utama drama bersiri Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin bagi menggambarkan kesibukan jadual seninya sejak tujuh bulan pertama tahun ini.
Menyifatkan 2017 sebagai tahun paling sibuk buat dirinya dalam karier seni, jejaka pujaan Malaya ini langsung tidak mempunyai masa untuk ‘memanjakan diri’ apatah lagi meluangkan masa yang lama dengan keluarga tercinta.
Kata Fattah, walaupun jadual seninya padat setiap hari, tiada istilah penat bekerja kerana inilah jalan yang dipilih selepas nekad menceburkan diri dalam dunia seni hiburan khususnya lakonan.
“Ini adalah jalan yang saya pilih dan tiada istilah penat atau lelah bekerja. Selagi tubuh badan saya masih kuat, masih ada permintaan, selagi itulah saya akan cuba mengambil setiap peluang yang diberikan dan buat yang sehabis baik demi mencari rezeki serta mengasah bakat.
“Saya tidak pernah rasa kerjaya ini sebagai satu beban yang meletihkan kerana seronok menjalani rutin ini selepas enam tahun berada dalam industri seni.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Tak hirau beban dunia seni
Anda sekarang membaca artikel Tak hirau beban dunia seni dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/tak-hirau-beban-dunia-seni.html