link : Tak Sangka Itu Permintaan Terakhir Dari Seorang Anak, Ibu Ini Kongsi Cerita Sedih Melalui Masakan
Tak Sangka Itu Permintaan Terakhir Dari Seorang Anak, Ibu Ini Kongsi Cerita Sedih Melalui Masakan
Tak Sangka Itu Permintaan Terakhir Dari Seorang Anak, Ibu Ini Kongsi Cerita Sedih Melalui Masakan
Inilah luahan hati seorang ibu, luluh bila satu menu permintaan anak tak ditunaikan dan siapa sangka rupanya itulah permintaan terakhir seorang anak. Cukup ralat namun ibu ini redha dengan permergiaan anaknya, jom baca cerita sedih daripada Bintang Hatiku ini...
Assalamualaikum.. Selamat tengahari semua. Saya percaya setiap masakan pasti ada cerita atau peristiwa disebaliknya. Hari ini saya nak kongsi satu masakan bersama satu peristiwa sedih yang terjadi dalam hidup saya.
5hb 8 2016 hari Jumaat
Setiap petang jumaat lpas habis kuliah pasti anak sulung saya bergegas pulang ke rumah. Jarak antara kedah dan perak mmang jauh tapi dah jadi rutin selama beberapa bulan dia berulang dari Sungai Petani balik Taiping setiap cuti hujung minggu.
Ceritanya begini...
Pada petang tersebut along telefon saya tapi saya agak sebok jd adik dia yg jawap dan bercakap dengan along. Katanya dia sampai lewat mungkin dalam pukul 8 malam. Dia minta saya sediakan masakan kegemaran dia. Sambal ikan tak kisahlah ikan apa pun. Kuah tak nak pekat biar ceroi jer.
Kebetulan malam tu kedua orang adik along, angah dan alang pergi tidur rumah tok depa. Sebelom pergi alang sempat pesan. Ibu jangan lupa sambal Along nak tu. Saya iyakan saja. Suami saya pula ada Kuala Lumpur. Kerja bawa lori. Jadi tinggal saya sorang kat rumah. Saya malas nak masak malam tu sebab memang dah rancang nak ajak along teman saya keluar pergi beli barang dapur.
Saya tunggu sampai pukul 8.30 malam dia tak sampai lagi. Hati memang dah rasa gelibang gelibu (loghat utara) untuk makluman orang Taiping memang kebanyakan bertutur bahasa Utara.
Ok berbalik pada cerita tadi. Saya dah mula rasa tak tentu arah.
Saya keluar pagar rumah jengok setiap motor yang lalu lalang. Ya Allah awat tak sedap ati sangat ni aihh. Kau selmtkanlah anak-anak aku dan suami ku Ya Allah...
Pukul 9 saya dah start keluar air mata. Saya call suami beritahu kat dia along tak sampai lagi. Call tak dapat. Suami suruh sabar. Suami cakap jangan tereyak abang jauh lagi ni. Sat abang call kawan Along yang balik sama-sama dengan Along.
AKHIRNYA...
Pukul 10.30 malam saya nampk motor along sampai. Orang yang bawa motor saya tak nmpk sangat sebab mata saya ni rabun dan silau. Sambil keluar nak pakai selipar saya sempat tanya.
"Awat lambat Long.. Ibu susah hati tunggu hang."
Saya hairan gak awat Along diam.. Aawt Along tak buka pagar sendiri macam selalu. Sampai dekat motor saya tengok kawan Along yang bawa motor tapi Along tak dak.. Allah... macam nak pecah jantung. Saya cuba bertenang.
Hasif.. Mana ikram? Hasif tak jawab. Hanya ayaq mata meleleh kat pipi. Hasif tak boleh nak bersuara pun.
Ya Allah... Saya dah dapat tangkap apa yang berlaku. Rasa gelap mata saya. Meraung saya kat situ. Semua jiran keluar. Saya dah tak malu meraung tereyak macam budak kecik.
Hasif cuma cakap sabaq.. Hospital. Tu jer..
Saya bergegas ke hospital Taiping dengan jiran. Sampai jer tubuh Along dah kaku dah berbungkus. Lembik semua sendi saya.. Masa tu saya tau Along tak makan lagi sebab along selalu balik makan kat rumah. Saya terbayang sambal yang Along minta tapi saya tak msak pun. Sesal memang sesal tapi saya mnusia biasa yang tak kan pernah tahu perancangan Allah kerana Dia sebaik baik perancang.
Petang tu Along suruh Hasif bawa motor dia. Dia bonceng motor kawan yang sorang lagi. Arwah Huzairi. Selalu Hasif yang tumpang arwah Huzairi tapi janji Allah itu pasti. Dah janji Along dengan Huzairi pergi mengadap Penciptanya bersama-sama. Huzairi meninggal di tempat kejadian manakaka Along meninggal dalam perjalanan ke hospital.
Hari ini saya masak sambal ikan pari ceroi. Serta merta ingatan pada Along menerpa minda. Along suka semua masakan saya lebih-lebih lagi sambal tak kira lah sambal apa pun. Hari ni saya tak dapat nak kawal rindu pada Along jadi saya kongsikan ksedihan saya di sini. Sama-sama berdoa dan sedekahkn al-Fatihah untuk arwah anak sulung saya Mohd Ikram.
Demikianlah Artikel Tak Sangka Itu Permintaan Terakhir Dari Seorang Anak, Ibu Ini Kongsi Cerita Sedih Melalui Masakan
Anda sekarang membaca artikel Tak Sangka Itu Permintaan Terakhir Dari Seorang Anak, Ibu Ini Kongsi Cerita Sedih Melalui Masakan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/tak-sangka-itu-permintaan-terakhir-dari.html