link : Tak timbul lepas 10 minit terjun
Tak timbul lepas 10 minit terjun
REMAJA lemas ketika mandi bersama rakannya di Jeram Penitih, Seri Bandi, dekat Chukai, hari ini.
Ahmad Amirul Ahmad Rahimi, 17, dari Jalan Anggerik, Bandar Seri Bandi lemas dipercayai selepas kepalanya tersekat di celah lubang batu di dasar kawasan air terjun dalam kejadian pada 3.30 petang.
Arwah ditemui rakannya, Saiful Arif Afzan Yaakub, 17, apabila mangsa tidak timbul.
Saiful Arif Afzan berkata, apabila melihat rakannya tidak timbul selepas hampir 10 minit terjun ke dalam air, dia mula mengesyaki sesuatu yang buruk terjadi terhadap arwah.
“Saya kemudiannya beritahu kepada rakan lain dan kami semua mula menyelam mencarinya.
"Tak sampai 10 minit kami menyelam mencarinya, saya ternampak dia (arwah) berada di dasar sungai dalam keadaan tertiarap dengan kepala tersekat di celah lubang batu.
"Dengan bantuan rakan lain, kami menarik dan membawanya naik ke darat.
“Kami dibantu beberapa penduduk kampung yang kemudiannya mengejarkannya ke Klinik Seri Bandi," katanya yang pergi ke kawasan air terjun itu bersama 10 lagi rakan termasuk mangsa.
Bagaimanapun, Saiful Arif berkata, pegawai perubatan di klinik itu mengesahkan rakannya meninggal dunia.
Arwah kemudiannya diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Tak timbul lepas 10 minit terjun
Anda sekarang membaca artikel Tak timbul lepas 10 minit terjun dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/tak-timbul-lepas-10-minit-terjun.html