“Takkan Nak Tawar Diri?” – Wak Doyok

“Takkan Nak Tawar Diri?” – Wak Doyok - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Takkan Nak Tawar Diri?” – Wak Doyok, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Takkan Nak Tawar Diri?” – Wak Doyok
link : “Takkan Nak Tawar Diri?” – Wak Doyok

Baca juga


“Takkan Nak Tawar Diri?” – Wak Doyok

SELEBRITI fesyen Wak Doyok belum menerima sebarang tawaran lakonan daripada produksi lain selepas terlibat dalam filem Abang Long Fadil 2.

Kata pemilik nama sebenar Mohd Azwan Md Nor ini, dia juga tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk meneruskan karier dalam bidang lakonan selagi filem pertama lakonannya itu masih belum ditayangkan.

“Takkan pula saya hendak tawarkan diri sendiri tetapi sekiranya ada tawaran mungkin saya akan pertimbangkan namun setakat ini masih belum ada.

“Tidak mengapa filem pertama saya pun masih belum ditayangkan dan saya pun tidak terburu-buru dalam soal lakonan,” katanya.

Abang Long Fadil 2 yang diarahkan oleh pengarah muda, Syafiq Yusof menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Datuk AC Mizal, A. Galak, Tania Hudson dan Syamsul Yusof.

Filem itu dijangka bakal ditayangkan pada 24 Ogos 2017.
Dalam pada itu, Wak yakin sekiranya lakonannya dalam filem itu mendapat ulasan yang baik tawaran berlakon akan datang dengan sendirinya.

Sebaliknya kata Wak, jika lakonannya mendapat kritikan dan filem itu gagal mendapat kutipan box-office ia turut memberi kesan kepada perjalanan karier lakonannya.

“Ia filem pertama saya dan kena tengok dahulu sama ada lakonan saya okey atau pun tidak.

“Sekiranya ia mendapat ulasan yang baik dan filem ini meletup, Insya-Allah lebih mudah untuk saya mendapat tawaran lain dan sebaliknya,” katanya.

Sementara itu, Wak berkata, dia berterima kasih kepada Syafiq kerana memberi kepercayaan kepadanya selain banyak membantunya dalam mengasah bakat lakonannya

The post “Takkan Nak Tawar Diri?” – Wak Doyok appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel “Takkan Nak Tawar Diri?” – Wak Doyok

Sekianlah artikel “Takkan Nak Tawar Diri?” – Wak Doyok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Takkan Nak Tawar Diri?” – Wak Doyok dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/takkan-nak-tawar-diri-wak-doyok.html

Subscribe to receive free email updates: