link : Tentera Meriahkan Rumah Terbuka Masyarakat Kampar
Tentera Meriahkan Rumah Terbuka Masyarakat Kampar
IPOH – Lazimnya Rumah Terbuka Aidilfitri menyaksikan tetamu dihidangkan dengan aneka juadah tradisi Melayu seperti lemang, rendang, ketupat dan dodol namun lain pula keunikan majlis ini.
Program anjuran penduduk Kampung Baru, Parit dan Ikatan Kamparputra Malaysia (Ikmal) pada Sabtu itu memaparkan keistimewaan tersendiri apabila turut disertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) buat julung kali.
Bahkan dua buah kenderaan tempur tentera darat menjadi ‘penyambut tetamu’ apabila diletakkan di pintu masuk Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Masyarakat Kampar 1Malaysia yang diadakan di Dataran Parit dekat sini.
Jurucakap penganjur, Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata, majlis itu bertujuan mengukuhkan silaturahim antara masyarakat Kampar yang telah bertebaran di negara ini dengan penduduk tempatan khasnya di kawasan Parit.
“Pelbagai acara diatur seperti pameran mengenai tokoh masyarakat Kampar yang terkenal di negara ini antaranya Tok Gajah, Datuk Bahaman, Datuk Sagor dan penyanyi legenda, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad,” katanya.
Selain jamu selera, pihak ATM ujar Akmar Hisham turut mengadakan program rawatan kesihatan dan pergigian percuma, kempen derma darah, pameran Rejimen Askar Wataniah, persembahan hiburan serta mini ‘Fun Fair’.
Di samping acara sukaneka, pihak penganjur juga menyediakan 50 hadiah cabutan bertuah bernilai RM10,000 termasuk tiga buah telefon pintar Samsung A9 serta 120 cenderamata khas untuk mereka yang menderma darah.
Manakala pihak Ikmal pula membuka kaunter pendaftaran ahli baharu serta gerai jualan cenderamata sepanjang majlis berlangsung dan tetamu yang mendaftar juga akan menerima ‘buah tangan’ dari Pejabat Perdana Menteri.
Menurut Akmar Hisham, pada majlis itu mereka akan mempamerkan maklumat mengenai sejarah Sultan Perak yang pertama, Sultan Muzaffar Shah 1 yang didatangkan khas dari Kampar, Sumatera untuk menjadi sultan.
Presiden Ikmal, Mejar Jeneral (B) Datuk Amir Guntur turut hadir pada majlis itu. Maklumat lanjut mengenai majlis itu boleh didapati menerusi http://ift.tt/2vaRMJB. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Loading...
Demikianlah Artikel Tentera Meriahkan Rumah Terbuka Masyarakat Kampar
Anda sekarang membaca artikel Tentera Meriahkan Rumah Terbuka Masyarakat Kampar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/tentera-meriahkan-rumah-terbuka.html