Teresa Kok Tuduh ROS Fitnah DAP

Teresa Kok Tuduh ROS Fitnah DAP - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Teresa Kok Tuduh ROS Fitnah DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Teresa Kok Tuduh ROS Fitnah DAP
link : Teresa Kok Tuduh ROS Fitnah DAP

Baca juga


Teresa Kok Tuduh ROS Fitnah DAP

KUALA LUMPUR – DAP menafikan parti itu mempunyai 120 buah cawangan hantu seperti yang didedahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok mendakwa perkara itu yang menyebabkan ROS tidak mengiktiraf pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada 29 September 2013.

“Tuduhan ROS bahawa DAP mempunyai 120 buah cawangan hantu adalah fitnah tidak berasas

“Saya ingin menegaskan bahawa DAP tidak mempunyai 120 buah cawangan hantu, sepertimana yang didakwa oleh pihak ROS,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Teresa turut mendakwa kononnya ROS tiada sebarang bukti DAP mempunyai 120 cawangan hantu.

Sehubungan itu, beliau tetap bertegas pemilihan semula CEC dalam Kongres Khas DAP pada 29 September 2013 adalah sah mengikut peraturan Perlembagaan DAP.

“Juga perlu ditegaskan bahawa pihak kami telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada ROS selama ini.

“Pihak DAP sedang berusaha untuk mengaturkan pertemuan dengan ROS secepat mungkin,” katanya.

Beberapa pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang sebelum ini pula menuduh kononnya ROS bersengkongkol dengan kerajaan untuk mengharamkan DAP.

Ironinya, Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah pada 7 Julai lalu menyatakan pihaknya hanya meminta DAP mengadakan semula pemilihan CEC baru.

Malah, kata beliau, ROS menganggap DAP sebagai sebuah parti yang sah di sisi undang-undang dan tidak berniat sama sekali untuk membatalkan pendaftaran DAP.

Arahan itu terpaksa dibuat ekoran pelantikan anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti berkenaan pada 29 September 2013 dianggap tidak sah berdasarkan Akta Pertubuhan 1966.

Situasi itu berlaku apabila DAP mengadakan pemilihan pada 15 Disember 2012 tetapi berlaku kesilapan teknikal sehingga menjejaskan keputusannya.

Parti itu kemudian secara sukarela mengadakan pemilihan semula pada 29 September 2013, namun sebahagian daripada anggota parti tidak berpuas hati kerana mendakwa berlaku kepincangan lalu membuat aduan kepada ROS.

Sebilangan pihak berpendapat pemimpin DAP berkeras tidak mahu menuruti arahan ROS kerana masing-masing bimbang boleh kehilangan jawatan yang disandang ketika ini. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Teresa Kok Tuduh ROS Fitnah DAP

Sekianlah artikel Teresa Kok Tuduh ROS Fitnah DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Teresa Kok Tuduh ROS Fitnah DAP dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/teresa-kok-tuduh-ros-fitnah-dap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :