Terima Hadiah Dianggap Rasuah Tapi Jawapan Mahasiswa Sekarang Pula Sebaliknya!

Terima Hadiah Dianggap Rasuah Tapi Jawapan Mahasiswa Sekarang Pula Sebaliknya! - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Terima Hadiah Dianggap Rasuah Tapi Jawapan Mahasiswa Sekarang Pula Sebaliknya!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Terima Hadiah Dianggap Rasuah Tapi Jawapan Mahasiswa Sekarang Pula Sebaliknya!
link : Terima Hadiah Dianggap Rasuah Tapi Jawapan Mahasiswa Sekarang Pula Sebaliknya!

Baca juga


Terima Hadiah Dianggap Rasuah Tapi Jawapan Mahasiswa Sekarang Pula Sebaliknya!

Terima Hadiah Dianggap Rasuah Tapi Jawapan Mahasiswa Sekarang Pula Sebaliknya!

Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) antara responden dalam satu kajian yang dijalankan Institut Integriti Malaysia (IIM) baru- baru ini. (Gambar: afterschool.my)

Satu kajian mengenai rasuah dijalankan Institut Integriti Malaysia (IIM) dalam kalangan mahasiswa dengan memberi fokus kepada tiga universiti utama tempatan baru-baru ini. Universiti terlibat adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). 

Seramai 402 responden terlibat dalam kajian itu dengan 33.1 peratus dari UKM, 47.5 peratus (USM) dan 15.9 peratus (UiTM). Sebanyak 3.5 peratus mahasiswa dari lain-lain universiti turut terlibat dalam kaji selidik tersebut 

Kajian itu bertujuan memahami pandangan dan pendirian mahasiswa yang bakal menjadi pemikir serta pemimpin generasi akan datang.

HASIL KAJIAN 

Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, IIM merumuskan majoriti mahasiswa Malaysia mempunyai tahap kefahaman tinggi mengenai perbuatan rasuah.

Namun, sebanyak 35.8 peratus daripada mereka masih berpandangan perbuatan menerima hadiah dalam bentuk wang, barangan atau perkhidmatan sebagai balasan atas perkhidmatan bukan satu rasuah. 

Sebanyak 28.1 peratus daripada mereka pula beranggapan bahawa tidak salah mengambil harta atau barangan pejabat seperti thumb drive, toner, kertas dan lain-lain untuk kegunaan peribadi. 

Bagi 37.3 peratus pula beranggapan bahawa mengemukakan tuntutan bagi tugas luar walaupun penginapan telah disediakan oleh pihak penganjur adalah perbuatan yang tidak salah. 

Sebanyak 20.6 peratus beranggapan bahawa untuk terlibat secara langsung dalam proses pelantikan ahli keluarga bagi mengisi jawatan kosong di jabatan sebagai perbuatan yang dibolehkan. 

IIM TAK PUAS HATI  

Hasil kajian itu sebenarnya membimbangkan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff mengenai tahap kefahaman dan persepsi mahasiswa Malaysia tentang rasuah. 

Penemuan daripada hasil kajian itu sekiranya dijadikan kayu ukuran memerlukan masyarakat menyemak semula nilai apa yang dididik dan disemai dalam kalangan mahasiswa di negara ini. 

"Mungkin ia telah bermula dari sekolah rendah lagi. Kita khuatir kalau mahasiswa yang mempunyai pandangan seperti yang dijelaskan diatas telah terpengaruh dengan 'role model' yang salah. 

"Mereka yang kelihatan seperti orang yang berjaya dalam kehidupan tetapi sebenarnya mendapat kejayaan melalui jalan salah tidak sepatutnya dijadikan idola," katanya dalam satu kenyataan semalam. 

BAKAL JADI PEMIMPIN/PEKERJA BERMASALAH

Dr Anis menambah, kebimbangannya adalah golongan mahasiswa terbabit akan menerima ijazah dan memasuki alam pekerjaan sekali gus menjadi pemimpin di tempat kerja atau komuniti. 

Generasi muda merupakan harapan masa hadapan negara, bahkan kelak menjadi tenaga penggerak dan pemimpin yang meneruskan agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50). 

Persoalannya, apakah harapan Malaysia jika sebahagian mereka terang-terangan menyatakan tidak menjadi kesalahan kepada banyak perkara yang umum memahaminya sebagai rasuah. 

"Lebih membimbangkan apabila kita merumuskan  pengetahuan mereka tentang rasuah juga masih bermasalah Sekiranya ini pandangan para mahasiswa, bagaimana kita ingin mengharapkan mereka yang bukan dalam kalangan mahasiswa?," katanya. 

BERMULA DARI RUMAH 

Dalam menangani pemasalahan ini, Dr Anis menyatakan IIM sentiasa menekankan bahawa pendidikan membentuk nilai murni mengenai bahaya rasuah harus bermula di rumah.

Jelasnya, golongan ibu bapa diseru agar jangan mengabaikan peranan mereka dalam menunjukkan sikap dan nilai murni yang boleh dicontohi. 

"Guru-guru pula disaran agar menyelit nilai-nilai integriti dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah," katanya.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Terima Hadiah Dianggap Rasuah Tapi Jawapan Mahasiswa Sekarang Pula Sebaliknya!

Sekianlah artikel Terima Hadiah Dianggap Rasuah Tapi Jawapan Mahasiswa Sekarang Pula Sebaliknya! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Terima Hadiah Dianggap Rasuah Tapi Jawapan Mahasiswa Sekarang Pula Sebaliknya! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/terima-hadiah-dianggap-rasuah-tapi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :