link : Thailand pertahankan insiden tembakan di Yala
Thailand pertahankan insiden tembakan di Yala
Penolong jurucakap Pusat Pemerintahan Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) Bahagian Ke-4 Kolonel Yuthanam Pechmuang berkata Lukman Matding adalah seorang yang berbahaya kerana memiliki senjata selain mempunyai lima waran tangkap berkaitan kes keselamatan.
"Pihak keselamatan terpaksa mempertahan diri selepas suspek melepaskan tembakan dan melontar bom tangan," katanya pada sidang media di Kem Sirinthorn di sini.
Beliau berkata pihaknya juga menemui sepucuk pistol 9mm di sisi mayat suspek yang didakwanya anggota Runda Kumpulan Kecil (RKK), kumpulan militan yang aktif di wilayah bergolak selatan negara itu.Yuthanam tampil mengadakan sidang media itu bagi menjawab kritikan pengguna media sosial yang mendakwa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan berlebihan dalam operasi menangkap Lukman semalam.
Dalam kejadian semalam, lebih 100 anggota keselamatan Thailand mengepung rumah persembunyian Lukman sebelum berlaku pertempuran.
Selain Lukman terbunuh dalam pertempuran itu, rumah berkenaan juga mengalami kerosakan teruk.
Yuthanam berkata sepasang suami isteri, yang merupakan pemilik rumah berkenaan, turut ditahan kerana memberi perlindungan kepada Lukman dan berdepan hukuman penjara dua tahun jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Thailand pertahankan insiden tembakan di Yala
Anda sekarang membaca artikel Thailand pertahankan insiden tembakan di Yala dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/thailand-pertahankan-insiden-tembakan_3.html