Tiada Adun BN Segamat Jadi Ahli Majlis

Tiada Adun BN Segamat Jadi Ahli Majlis - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada Adun BN Segamat Jadi Ahli Majlis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada Adun BN Segamat Jadi Ahli Majlis
link : Tiada Adun BN Segamat Jadi Ahli Majlis

Baca juga


Tiada Adun BN Segamat Jadi Ahli Majlis

SEGAMAT – Anggota Parlimen Labis Datuk Chua Tee Yong menafikan dakwaan pembangkang bahawa terdapat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional dalam daerah Segamat menjadi Ahli Majlis di daerah itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata dakwaan itu jelas merupakan satu fitnah yang sengaja ditimbulkan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Dalam Segamat ada empat ADUN BN iaitu Mohd Azahar Ibrahim (Tenang), Datuk Ayub Rahmat (Kemelah), Norshida Ibrahim (Buloh Kasap) dan Lau Chin Hoon (Pemanis) tetapi mereka semua bukan Ahli Majlis,” katanya.

Chua berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Usahawan MITI dan Agensi 2017 di Dataran Labis, di sini, malam tadi.

Beliau mengulas susulan dakwaan Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara Shazni Munir Mohd Ithnin bahawa terdapat “orang politik” di daerah Segamat yang menjadi ADUN dan pada masa sama menjadi Ahli Majlis di Majlis Daerah Segamat (MDS).

Shazni Munir membuat dakwaan tersebut dalam ‘Jelajah Bina Semula Negara’ Invoke di Segamat pada 22 Julai lepas.

Chua berkata beliau memandang dakwaan terbabit sebagai perbuatan syok sendiri dan gerak kerja yang menjurus kepada menabur fitnah dalam mengelirukan rakyat demi memenangi pilihan raya. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tiada Adun BN Segamat Jadi Ahli Majlis

Sekianlah artikel Tiada Adun BN Segamat Jadi Ahli Majlis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada Adun BN Segamat Jadi Ahli Majlis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/tiada-adun-bn-segamat-jadi-ahli-majlis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :