Tiada disiplin, pengarah ‘Andainya Takdir’ mahu pelakon ubah perangai

Tiada disiplin, pengarah ‘Andainya Takdir’ mahu pelakon ubah perangai - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada disiplin, pengarah ‘Andainya Takdir’ mahu pelakon ubah perangai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada disiplin, pengarah ‘Andainya Takdir’ mahu pelakon ubah perangai
link : Tiada disiplin, pengarah ‘Andainya Takdir’ mahu pelakon ubah perangai

Baca juga


Tiada disiplin, pengarah ‘Andainya Takdir’ mahu pelakon ubah perangai

Kejayaan drama “Andainya Takdir” sepanjang Ramadan lalu ditunjangi pengarah hebat Along Kamaludin.

Tiada disiplin, pengarah 'Andainya Takdir' mahu pelakon ubah perangai

Tiada disiplin, pengarah ‘Andainya Takdir’ mahu pelakon ubah perangai

Along berkata selain jalan cerita menarik, drama 16 episod itu juga dijayakan pelakon Shukri Yahaya dan Nina Iskandar.

“Orang selalu menunjukkan yang baik-baik tetapi cerita ini menunjukkan yang kurang baik. Tentang perangai masyarakat kita.

“Kekuatannya dari segi cerita yang jarang ditonjolkan dalam kaca TV. Cerita ini pun kisah benar seseorang.

“Dapat kita lihat suami yang kaki pukul bini. Itu yang lain dalam drama ini,” katanya kepada ProjekMMO.

“Andainya Takdir” mengisahkan ketabahan Fatihah, lakonan Nina, dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil, lakonan Shukri.

Pasangan ini mempunyai anak bernama Aleeya, lakonan Puteri Balqis, namun kehidupan mereka dalam keadaan genting kerana Airil seorang yang panas baran.

Segala perbuatan Fatihah dipantau Airil dan isterinya akan dipukul sehingga lebam jika ada yang tidak berkenan.

Fatihah yakin mampu bertahan dengan sikap Airil kerana tidak mahu berpisah dengan Aleeya.

Along, yang sudah selesa di kerusi pengarah, berkata pelakon kini tidak lagi sama seperti zamannya.

“Dulu kami mementingkan disiplin dan serius menghayati watak tetapi sekarang lebih kepada populariti. Itu saya tidak nafikan.

“Perlu ada di lokasi 8 pagi, ada yang datang pukul 10 pagi. Berlakon pun satu aras sahaja. Mereka kelihatan menghafal dialog. Itu masalah ketara.

“Saya harap mereka berubah sebab mereka ini pelapis. Kalau mereka tunjukkan perangai begitu, macam mana?” katanya.

Along berkata ramai pelakon tidak sanggup bekerja di bawah arahannya kerana keseriusan ketika di lokasi penggambaran.

Katanya, pengarah bertanggungjawab memastikan jangka masa penggambaran tidak dilanjutkan agar tidak membabitkan kos tambahan.

“Mereka kata saya garang tetapi garang saya bertempat. Bila kerja jangan main-main. Saya tidak boleh begitu kerana saya ada had masa yang ditetapkan untuk sesebuah drama.

“Kalau datang lambat, sesebuah drama itu tidak mampu disiapkan mengikut masa dan ia akan dipersoalkan penerbit.

“Pelakon tidak tahu tetapi itu masalah besar saya,” katanya dengan nada tenang.

Sumber: Malay Mail

Loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tiada disiplin, pengarah ‘Andainya Takdir’ mahu pelakon ubah perangai

Sekianlah artikel Tiada disiplin, pengarah ‘Andainya Takdir’ mahu pelakon ubah perangai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada disiplin, pengarah ‘Andainya Takdir’ mahu pelakon ubah perangai dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/tiada-disiplin-pengarah-andainya-takdir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :