Tiada Keperluan PRK Dun Lenggeng – SPR

Tiada Keperluan PRK Dun Lenggeng – SPR - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada Keperluan PRK Dun Lenggeng – SPR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada Keperluan PRK Dun Lenggeng – SPR
link : Tiada Keperluan PRK Dun Lenggeng – SPR

Baca juga


Tiada Keperluan PRK Dun Lenggeng – SPR

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak akan diadakan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Lenggeng bagi mengisi kekosongan luar jangka.

Ahli SPR Datuk Md Yusop Mansor berkata SPR telah menerima surat pemakluman rasmi daripada  Speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk Dr  Awaludin Said berhubung kekosongan kerusi  DUN Lenggeng ekoran kematian penyandangnya Datuk Ishak  Ismail pada 18 Julai.

Beliau berkata peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan di bawah Perkara 56(5) menyatakan bahawa kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN tidak boleh lagi diisi dalam tempoh dua tahun sebelum mandat yang diberikan kepada kerajaan negeri berakhir, melainkan Speaker  memberitahu secara bertulis kepada SPR akan keperluan pengisian kekosongan luar jangka tersebut.

Berdasarkan surat pemakluman yang diterima, beliau berkata Speaker DUN  Negeri Sembilan tidak menyatakan keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka itu.

Berikutan tempoh mandat DUN Negeri Sembilan pada PRU13 pula melebihi tempoh tiga tahun, SPR memutuskan PRK tidak akan dijalankan bagi mengisi kekosongan luar jangka bagi kerusi berkenaan selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, katanya.

Ishak meninggal dunia kira-kira 11.25 malam Selasa lepas akibat serangan jantung di Hospital Tengku Ampuan Najihah di Kuala Pilah.

Allahyarham dilaporkan pengsan ketika menghadiri rumah terbuka Aidilfitri ADUN Seri Menanti Datuk Abdul Samad Ibrahim di Seri Menanti sebelum dibawa ke hospital.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Ishak menang dengan majoriti 2,058 undi menewaskan Zulkefly Mohamad Omar daripada PAS dan Zulkifli Abdullah, calon bebas. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tiada Keperluan PRK Dun Lenggeng – SPR

Sekianlah artikel Tiada Keperluan PRK Dun Lenggeng – SPR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada Keperluan PRK Dun Lenggeng – SPR dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/tiada-keperluan-prk-dun-lenggeng-spr.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :