link : Tiada kompromi terhadap pengganas
Tiada kompromi terhadap pengganas
PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba mencetuskan kekacauan atau mengancam demokrasi di negara itu bahawa mereka bakal ‘membayar harga yang mahal’.
“Kita akan memberi pengajaran yang mahal kepada mereka agar tidak sesekali mengganggu keamanan dan kedaulatan Turki,” katanya di hadapan penyokong pada majlis memperingati cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai 2016 di Ankara, semalam.
Beliau turut menegaskan bahawa perintah darurat yang dikeluarkan kerajaan tidak akan ditarik sehingga pengaruh pengganas dapat dihapuskan sepenuhnya. “Perintah darurat hanya ditarik balik apabila kita mencapai matlamat dalam peperangan menentang keganasan,” katanya.
Beliau turut membidas sikap beberapa negara barat yang lebih mengutamakan ‘hak kemanusiaan’ pengganas yang ketika ini melalui proses pendakwaan.
“Mereka mempersoalkan jaminan hak kemanusiaan pengganas tetapi pada masa sama tiada langsung empati terhadap rakyat Turki yang terbunuh atau kehilangan keluarga ketika mempertahankan negara daripada cubaan rampasan kuasa.
“Turki sentiasa mengutamakan hak kemanusiaan kerana ia mampu memperkasakan demokrasi dan kita akan pastikan setiap rakyat Turki mendapat pembelaan. Kita akan pastikan keadilan ditegakkan dan pengkhianat menerima hukuman sewajarnya,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Turki, Prof Dr Numan Kurtulmus berkata, organisasi pengganas yang didalangi Fetullah Gulen atau FETO mempunyai cawangan di negara luar dengan berselindung di sebalik kerja kebajikan.
“Mereka yang mendalangi cubaan rampasan kuasa ini membuka sekolah di beberapa negara. Saya tidak mahu menamakan negara itu tetapi sasaran FETO ialah memastikan anak kepada pembuat dasar di negara terbabit belajar di institusi pendidikan mereka.
“Mereka tidak akan merampas senjata, jet pejuang atau kereta kebal untuk menyerang negara itu seperti berlaku di Turki pada 15 Julai 2016 tetapi mempengaruhi pembuat dasar untuk melakukan sesuatu berdasarkan kepentingan organisasi keganasan itu,” katanya.
Menurutnya, sehubungan itu, negara luar tidak sepatutnya memandang rendah terhadap ancaman FETO dan Turki sentiasa bersedia menghulurkan bantuan bagi memastikan organisasi itu dapat dilumpuhkan.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Tiada kompromi terhadap pengganas
Anda sekarang membaca artikel Tiada kompromi terhadap pengganas dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/tiada-kompromi-terhadap-pengganas.html