“Tiada kuasa, Dr M hanya ‘kuda tunggangan’ DAP” – Makkal Sakti

“Tiada kuasa, Dr M hanya ‘kuda tunggangan’ DAP” – Makkal Sakti - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Tiada kuasa, Dr M hanya ‘kuda tunggangan’ DAP” – Makkal Sakti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Tiada kuasa, Dr M hanya ‘kuda tunggangan’ DAP” – Makkal Sakti
link : “Tiada kuasa, Dr M hanya ‘kuda tunggangan’ DAP” – Makkal Sakti

Baca juga


“Tiada kuasa, Dr M hanya ‘kuda tunggangan’ DAP” – Makkal Sakti

Dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau adalah pemimpin berkuasa dalam Pakatan Harapan adalah tidak benar kerana beliau sebenarnya sekadar ‘kuda tunggangan’ kepada DAP.

Makkal Sakti berharap Dr Mahathir sedar dan tidak memperjudikan nasib orang Melayu dengan menyuruh mereka menyokong DAP. — Foto Reuters

Presiden Parti Makkal Sakti, Datuk RS Thanenthiran berkata DAP bersetuju untuk melantik pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sebagai Pengerusi Pakatan Harapan adalah kerana mahu meraih undi orang Melayu semata-mata.

“Dalam ucapan Dr Mahathir dalam satu majlis di Pulau Pinang, Khamis lepas, memaklumkan rakyat kembali menyokong pembangkang kerana parti itu dipelopori oleh beliau dan turut mendakwa mereka (Pakatan Harapan) boleh menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

“Hakikat sebenarnya PPBM hanya memiliki satu kerusi Parlimen berbanding DAP yang mempunyai 38 kerusi iaitu jumlah majoriti bagi pihak pembangkang dan di situ kita boleh lihat parti itu (DAP) hanya gunakan Dr Mahathir sebagai kuda tunggangan mereka sahaja,” katanya kepada Bernama pada Majlis Rumah Terbuka Mesra Aidilfitri anjuran Makkal Sakti, di sini semalam.

Beliau berharap bekas perdana menteri itu sedar dan tidak memperjudikan nasib orang Melayu dengan menyuruh mereka menyokong DAP semata-mata untuk membalas dendam terhadap parti Umno.

Sementara itu, Thanenthiran berkata berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh Makkal Sakti mendapati 65 hingga 70 peratus daripada dua juta pengundi India di negara ini akan menyokong Barisan Nasional  (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)  kerana yakin hanya parti itu membela nasib mereka selama ini.

Beliau, yang mendakwa mempunyai 123,000 anggota parti ketika ini, berkata pihaknya juga telah bersiap sedia untuk menggerakkan jentera bagi memastikan kemenangan BN pada PRU14.

“Sama ada Makkal Sakti akan diberikan kerusi bertanding pada PRU14, saya serahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat keputusan,” katanya,

Beliau berkata partinya, yang sentiasa menyokong dasar-dasar kerajaan dan kepimpinan perdana menteri, tidak akan memberi tekanan kepada pucuk pimpinan untuk memberi kerusi kepada parti itu  untuk bertanding dalam musim pilihan raya ini kerana ia akan memberi impak besar dan tidak baik kepada BN. — Bernama

Sumber: Projek MMO

Loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel “Tiada kuasa, Dr M hanya ‘kuda tunggangan’ DAP” – Makkal Sakti

Sekianlah artikel “Tiada kuasa, Dr M hanya ‘kuda tunggangan’ DAP” – Makkal Sakti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Tiada kuasa, Dr M hanya ‘kuda tunggangan’ DAP” – Makkal Sakti dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/tiada-kuasa-dr-m-hanya-kuda-tunggangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Kekal kuota Kuala Lumpur: Meskipun mengakui sukar untuk mencari penyerang berkualiti, pengendali skuad Harimau Malaya Nelo Vingada tidak bersetuju jika… Read More...
  • KP JPN tidak terikat fatwa isu nama bapa Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak terikat dengan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam menentukan nama b… Read More...
  • Sijil unik Jasin: Sejak diperkenalkan sekitar 80-an, sijil tunang dikeluarkan Persatuan Ketua-Ketua Kampung/Sidang Melaka adalah dokumen paling menari… Read More...
  • Bahang Emirates London: Alexandre Lacazette akan membuat penampilan pertamanya di depan penyokong Arsenal minggu ini ketika Gunners mengadakan persiapan pr… Read More...
  • Akhirnya tiba di Makkah Jakarta: Selepas menempuh perjalanan selama hampir setahun dan berdepan pelbagai rintangan akhirnya seorang pemuda yang berjalan kaki dari … Read More...