Tiada Lanjutan Tempoh Permohanan E-Kad

Tiada Lanjutan Tempoh Permohanan E-Kad - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada Lanjutan Tempoh Permohanan E-Kad, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada Lanjutan Tempoh Permohanan E-Kad
link : Tiada Lanjutan Tempoh Permohanan E-Kad

Baca juga


Tiada Lanjutan Tempoh Permohanan E-Kad

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak akan melanjutkan tempoh  permohonan kad sementara atau ‘Enforcement Card’  (E-kad) pendatang asing tanpa izin (PATI)  selepas tempoh permohonannya tamat tengah malam tadi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tempoh secukupnya telah diberikan dan  majikan serta PATI yang gagal membuat permohonan akan dikenakan tindakan tegas mengikut Akta Imigresen 1959/63.

“Kerajaan tidak menyekat mereka (pekerja asing) mencari rezeki halal di negara ini. Maka, majikan  dan pekerja perlu bertanggungjawab.

“Jabatan  Imigresen telah beberapa kali memberi amaran. Kita juga memberi tempoh secukupnya. Kalau ada majikan atau persatuan majikan memohon lanjutan, saya tidak fikir perkara itu boleh dilakukan. Tindakan tegas menanti mereka,” kata Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi beliau, Sri Satria, di sini.

Permohonan E-kad bermula 15 Feb lalu dan sehingga 10 malam tadi, hanya  23 peratus atau 161,056 PATI didaftarkan. Ia melibatkan 28,375  majikan dengan sebanyak 145, 571 E-Kad dikeluarkan, jumlah yang jauh lebih rendah daripada sasaran asal 600,000 PATI.

​​​​​​​Majikan yang didapati melakukan kesalahan menggaji, melindungi PATI dan bersuhabat serta membenarkan PATI tinggal di premis mereka akan turut dikenakan tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63. 

Antara tindakan boleh dikenakan kepada majikan termasuk denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap PATI. 

Sebelum ini, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata majoriti PATI yang mendaftar untuk program itu adalah dari Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan Nepal. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tiada Lanjutan Tempoh Permohanan E-Kad

Sekianlah artikel Tiada Lanjutan Tempoh Permohanan E-Kad kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada Lanjutan Tempoh Permohanan E-Kad dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/tiada-lanjutan-tempoh-permohanan-e-kad.html

Subscribe to receive free email updates: