Tiada Sesiapa Yang Mempedulikan Bayi Tidak Berpakaian Terbaring Di Tengah Laluan Tangga Ini

Tiada Sesiapa Yang Mempedulikan Bayi Tidak Berpakaian Terbaring Di Tengah Laluan Tangga Ini - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada Sesiapa Yang Mempedulikan Bayi Tidak Berpakaian Terbaring Di Tengah Laluan Tangga Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada Sesiapa Yang Mempedulikan Bayi Tidak Berpakaian Terbaring Di Tengah Laluan Tangga Ini
link : Tiada Sesiapa Yang Mempedulikan Bayi Tidak Berpakaian Terbaring Di Tengah Laluan Tangga Ini

Baca juga


Tiada Sesiapa Yang Mempedulikan Bayi Tidak Berpakaian Terbaring Di Tengah Laluan Tangga Ini

bayi.jpg

Seorang bayi dalam keadaan tidak berpakaian terbaring di laluan tangga yang kotor dan dia tidak dipedulikan oleh sesiapa pun yang melalui laluan itu.

Dan kejadian ini berlaku di ibu kota Manila, Filipina. Seolah-olah semua orang yang melihat bayi itu adalah mereka yang buta, pekak dan tidak mempunyai perasaan. Ia adalah suatu tindakan yang memalukan menjadi warga kota yang tiada sikap prihatin.

1.jpg

Kejadian ini dirakam fotonya oleh seorang warga kota yang turut melalui laluan itu bernama A.J. Laberinto dari Manila pada bulan May, 2014.

2.jpg

Walaupun ia kejadian yang sudah berlalu, perkara pokok yang mahu ditunjukkan ialah sikap manusia seperti ini wujud dan ia perlu diperbetulkan.

3.jpg

Melihat kejadian seperti ini adalah suatu perkara yang amat menyedihkan dan tiada siapa pun yang mahu berhenti, melihat dan bertanya.

Sikap manusia jenis apakah yang seperti ini?

A.J. Laberito menulis dalam halaman Facebooknya:

Saya berada di sana, bersama kamera, berjalan di satu sudut, saya terlihat seorang bayi yang terbaring di tengah laluan . Kamu tahu, sedang saya mencari-cari sudut dan pandangan sekitar Manila untuk mengambil foto dengan kamera di tangan dan saya melihat ini. Untuk beberapa saat , saya ternampak seorang bayi terbaring di atas lantai tangga, bukan sedang nazak tetapi sedang tidur dengan nyenyak.

Warga kota yang melalui laluan itu mungkin telah banyak melihat kanak-kanak jalanan dan peminta sedekah jadi mereka sudah tahu bagaimana untuk bertindak : mereka hanya melalui dan berjalan pergi.

Selepas selesai mengambil foto, saya bertanyakan beberapa orang yang biasa melalui laluan itu dan mereka tinggal berdekatan dengan laluan tangga itu. Saya bertanya di mana ibubapa bayi itu berada. Tidak lama kemudian, seorang wanita dengan pakaian lusuh dan kotor telah muncul dan dengan segera mengambil bayi itu lalu beredar dari situ.

Saya membelikan bayi itu sedikit makanan. Dan empat hari kemudian bayi itu masih berada di jalanan dan akan tidur di mana-mana sahaja tempat yang dirasakan seperti tempat tidurnya.

Amat malang. Apabila ramai orang yang mementingkan diri akan wujudlah masyarakat yang seperti ini, tiada perasaan dan boleh dikatakan kejam pada diri sendiri.

Membantu atas suatu perkara yang kecil akan mewujudkan masyarakat yang baik. Walaupun kita berada di dalam kesusahan, dengan membantu mengalihkan bayi itu untuk tidur di tempat yang selamat dan memakaikan atau membelikan dia baju yang murah dan memberikan sedikit makanan adalah suatu tindakan yang tidak seberapa.

Satu tindakan kecil mampu mengubah sesuatu menjadi lebih baik.

Hati akan menjadi tenang apabila dapat membantu orang lain. Negara akan menjadi maju apabila terdapat ramai kalangan masyarakat yang prihatin dan tidak mementingkan diri.

Sumber: Era Baru

Sumber: sehinggit

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tiada Sesiapa Yang Mempedulikan Bayi Tidak Berpakaian Terbaring Di Tengah Laluan Tangga Ini

Sekianlah artikel Tiada Sesiapa Yang Mempedulikan Bayi Tidak Berpakaian Terbaring Di Tengah Laluan Tangga Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada Sesiapa Yang Mempedulikan Bayi Tidak Berpakaian Terbaring Di Tengah Laluan Tangga Ini dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/tiada-sesiapa-yang-mempedulikan-bayi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :