Tiga Lelaki Buat 'Rumah' Di Bawah Pohon Durian Ditemui Maut Disambar Petir

Tiga Lelaki Buat 'Rumah' Di Bawah Pohon Durian Ditemui Maut Disambar Petir - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiga Lelaki Buat 'Rumah' Di Bawah Pohon Durian Ditemui Maut Disambar Petir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiga Lelaki Buat 'Rumah' Di Bawah Pohon Durian Ditemui Maut Disambar Petir
link : Tiga Lelaki Buat 'Rumah' Di Bawah Pohon Durian Ditemui Maut Disambar Petir

Baca juga


Tiga Lelaki Buat 'Rumah' Di Bawah Pohon Durian Ditemui Maut Disambar Petir


RAUB: Tiga orang lelaki warga asing maut dan ditemui dalam keadaan bertindih antara satu sama lain selepas dipercayai disambar petir dalam sebuah kebun durian di Sungai Pertang di sini, Khamis lalu, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kesemua mangsa disyaki warga Indonesia itu ditemui orang awam dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi.

“Kesemua mangsa Nor, 40; Amat, 40 dan seorang lagi yang masih belum dikenali dijumpai di kawasan seperti khemah kanvas yang dipercayai dijadikan tempat tinggal dan terdapat kesan melecur dipercayai kesan terbakar akibat panahan petir pada belakang badan mereka.

“Khemah kanvas itu didirikan di bawah pokok durian dan pokok itu mempunyai kesan seperti terbelah dari atas ke bawah dipercayai juga akibat panahan petir,” katanya kepada Sinar Harian.



Kebun seluas kira-kira 2.8 hektar itu dimilik oleh seorang lelaki berbangsa Cina terletak hampir 200 meter dari jalan utama.

“Siasatan awal, ketiga-tiga mangsa tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan mereka bekerja di tempat lain serta menggunakan lokasi kebun itu sebagai tempat tidur.

“Saksi-saksi terdiri daripada warga Indonesia lain yang tinggal berdekatan dengan lokasi kejadian akan dikesan bagi mendapatkan keterangan mengenai butir diri ketiga-tiga mangsa termasuk keterangan pemilik kebun tempat kejadian," katanya.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Raub untuk dibedah siasat dan pihaknya juga akan menghubungi keduataan Indonesia bagi urusan pengurusan jenazah dan mendapatkan butir-butir lengkap maklumat mangsa. - Siakapkeli.my

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tiga Lelaki Buat 'Rumah' Di Bawah Pohon Durian Ditemui Maut Disambar Petir

Sekianlah artikel Tiga Lelaki Buat 'Rumah' Di Bawah Pohon Durian Ditemui Maut Disambar Petir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiga Lelaki Buat 'Rumah' Di Bawah Pohon Durian Ditemui Maut Disambar Petir dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/tiga-lelaki-buat-rumah-di-bawah-pohon.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :