Tiket Sukan SEA KL2017 mula dijual

Tiket Sukan SEA KL2017 mula dijual - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiket Sukan SEA KL2017 mula dijual, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiket Sukan SEA KL2017 mula dijual
link : Tiket Sukan SEA KL2017 mula dijual

Baca juga


Tiket Sukan SEA KL2017 mula dijual

BUKIT JALIL: Tiket temasya Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) mula dijual hari ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, ia boleh mula dibeli menerusi atas talian di laman web http://ift.tt/29W4jdZ pada harga dari RM10 hingga RM20 sahaja.

"Kita hadkan pembelian empat tiket sahaja bagi setiap individu untuk setiap transaksi.

"Ini sebagai antara langkah keselamatan bagi mengelakkan berlakunya penjualan di pasaran gelap," katanya ketika majlis pelancarannya di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil hari ini.

Selain menerusi atas talian, pembelian juga boleh dibuat di pusat-pusat jualan tiket yang akan diumumkan kelak serta di venue acara dengan pembayaran secara tunai, debit atau kredit.

Namun hanya 19 acara dipertandingkan yang dilihat kegemaran ramai seperti bola sepak, badminton, gimnastik, sukan akuatik (terjun, renang, acara berirama & polo air), karate, taekwando, pencak silat, bola sepak, futsal, bola jaring, ragbi, berbasikal trek, bola keranjang, sepak takraw, billiard, snuker dan muay, memerlukan tiket.

Ia termasuk juga upacara pembukaan dan penutup KL2017 yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selebihnya iaitu 32 acara lain seperti olahraga, kriket, tenis, tinju dan bola tampar boleh ditonton secara percuma.

Tambah Khairy, begitu juga semua acara temasya Sukan Para ASEAN ke-9 yang akan bermula 17 hingga 23 September ini tidak memerlukan tiket untuk kehadiran dan tontonan.

Apa tunggu lagi? Sebagai tuan rumah, ayuh kita penuhkan venue, Bangkit Bersama dan berikan sokongan kepada kontinjen negara serta bersama menjayakan KL2017!

Sukan SEA ke-29 KL2017 akan membuka tirainya bermula 19 hingga 30 Ogos ini.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tiket Sukan SEA KL2017 mula dijual

Sekianlah artikel Tiket Sukan SEA KL2017 mula dijual kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiket Sukan SEA KL2017 mula dijual dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/tiket-sukan-sea-kl2017-mula-dijual.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :