Tindakan abang bawa kawan terima padah, adik umur 13 tahun dirogol sampai lahirkan anak

Tindakan abang bawa kawan terima padah, adik umur 13 tahun dirogol sampai lahirkan anak - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tindakan abang bawa kawan terima padah, adik umur 13 tahun dirogol sampai lahirkan anak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tindakan abang bawa kawan terima padah, adik umur 13 tahun dirogol sampai lahirkan anak
link : Tindakan abang bawa kawan terima padah, adik umur 13 tahun dirogol sampai lahirkan anak

Baca juga


Tindakan abang bawa kawan terima padah, adik umur 13 tahun dirogol sampai lahirkan anak

Tindakan seorang pelajar tingkatan empat membawa rakan sebaya bermalam di rumah membawa padah apabila adiknya dirogol hingga hamil dan melahirkan seorang bayi lelaki di Berseri, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Ghazani Abd Ghani, berkata mangsa yang berusia 14 tahun dipercayai dirogol ketika masih berusia 13 tahun dan melahirkan bayi berkenaan di rumahnya pada 20 Jun lalu.

“Kita menerima laporan pada jam 4.20 petang daripada pihak Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar yang memaklumkan menerima pesakit iaitu seorang pelajar tingkatan dua melahirkan bayi lelaki.

“Siasatan mendapati mangsa mengadu sakit perut pada jam 12.30 tengah hari ketika masih di sekolah. Ibunya menjemput mangsa di sekolah dan menyangkakan anaknya senggugut.

“Ibu mangsa kemudian menghubungi klinik kesihatan dan pelajar terbabit melahirkan anak di rumah. Mangsa dan bayi kemudiannya dihantar ke HTF,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Ghazani berkata, siasatan mendapati mangsa mengenali suspek berusia 16 tahun dan terlanjur bersama lelaki berkenaan sebanyak tiga kali pada Oktober 2016.

“Suspek sudah ditahan, bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol,” katanya.

Sementara itu, Ghazani berkata, terdapat satu lagi kes yang disiasat mengikut akta yang sama, membabitkan seorang pekerja kilang berusia 20 tahun, yang dipercayai merogol teman wanitanya berusia 16 tahun.

“Kita juga menerima maklumat daripada pihak HTF mengenai mangsa melahirkan bayi lelaki pada 12 Jun lalu di hospital berkenaan.

“Siasatan mendapati, mereka berkenalan sejak dua tahun lalu dan terlanjur di rumah lelaki berkenaan di Kaki Bukit. Mangsa menyedari dirinya hamil, Mac lalu.

“Difahamkan, suspek bertemu keluarga mangsa sebaik mengetahui mangsa mengandung dan mahu bertanggungjawab,” katanya.

Sumber: BH Online

Loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tindakan abang bawa kawan terima padah, adik umur 13 tahun dirogol sampai lahirkan anak

Sekianlah artikel Tindakan abang bawa kawan terima padah, adik umur 13 tahun dirogol sampai lahirkan anak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tindakan abang bawa kawan terima padah, adik umur 13 tahun dirogol sampai lahirkan anak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/tindakan-abang-bawa-kawan-terima-padah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :