Tingkatkan Ilmu Hingga Jadi Pakar Perubatan

Tingkatkan Ilmu Hingga Jadi Pakar Perubatan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tingkatkan Ilmu Hingga Jadi Pakar Perubatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tingkatkan Ilmu Hingga Jadi Pakar Perubatan
link : Tingkatkan Ilmu Hingga Jadi Pakar Perubatan

Baca juga


Tingkatkan Ilmu Hingga Jadi Pakar Perubatan

SUNGAI BULOH – Anggota kumpulan perkhidmatan sokongan kesihatan disaran meningkatkan ilmu dengan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi bagi membolehkan mereka berdaya saing bukan sahaja di dalam negara malahan di luar negara.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kumpulan perkhidmatan ini yang memiliki pendidikan tahap diploma sewajarnya meneruskan pengajian serta menjadi pakar dalam bidang perubatan masing-masing.

“Bila telah menjadi pakar, mereka akan ‘marketable’ dalam bidang masing-masing. Contohnya tenaga pakar dalam bidang kejururawatan amat laku di negara Timur Tengah.

“Gaji pekerja (jururawat) Malaysia yang bekerja di sana sudah hampir menyamai gaji pekerja (jururawat) dari United Kingdom. Hal ini menunjukkan tenaga pekerja kita diiktiraf di negara tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Orientasi Ambilan Julai 2017 pelatih perkhidmatan sokongan kesihatan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh di sini hari ini.

Dr Hilmi juga meminta para pelatih perkhidmatan sokongan kesihatan itu untuk menggunakan peluang mengikuti pengajian di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) dengan sebaiknya kerana mereka berpeluang cerah untuk diserapkan ke dalam perkhidmatan kerajaan.

Beliau berkata sebagai pelatih ILKKM yang diletakkan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, mereka mempunyai kelebihan untuk diserap masuk ke perkhidmatan kerajaan setelah tamat pengajian kelak.

“Pelatih yang terpilih untuk mengikuti kursus pra medik di ILKKM akan terus diserap masuk sebagai pegawai kerajaan berbanding penuntut jurusan perubatan seperti pergigian dan farmasi yang perlu melalui proses pelantikan secara kontrak terlebih dahulu sebelum diterima bekerja dalam sektor kerajaan,” katanya.

Seramai 195 pelatih mengikuti pengajian di kolej itu pada sesi ambilan Julai ini untuk mengikuti pelbagai kursus pra medik yang ditawarkan. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tingkatkan Ilmu Hingga Jadi Pakar Perubatan

Sekianlah artikel Tingkatkan Ilmu Hingga Jadi Pakar Perubatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tingkatkan Ilmu Hingga Jadi Pakar Perubatan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/tingkatkan-ilmu-hingga-jadi-pakar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :