Tiz Zaqyah Alami Masalah Darah Gemuruh Yang Teruk

Tiz Zaqyah Alami Masalah Darah Gemuruh Yang Teruk - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiz Zaqyah Alami Masalah Darah Gemuruh Yang Teruk, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiz Zaqyah Alami Masalah Darah Gemuruh Yang Teruk
link : Tiz Zaqyah Alami Masalah Darah Gemuruh Yang Teruk

Baca juga


Tiz Zaqyah Alami Masalah Darah Gemuruh Yang Teruk

Berbakat dalam bidang nyanyian, pelakon Tiz Zaqyah bagaimanapun tidak berniat meneruskannya sebagai kerjaya.

Tambahan pula, bintang yang dikenali menerusi drama bersiri Nur Kasih ini mempunyai perasaan gemuruh yang teruk apabila berhadapan dengan audiens.

“Saya minat muzik tapi tiada jiwa terhadapnya. Lagipun, saya sangat gemuruh bila di atas pentas. Belum lagi menyanyi, saya dah mengigil-gigil,” katanya kepada Kakigosip.

Pada masa sama, pelakon Lara Cinta Ameena ini mengakui dia berada dalam keadaan zon selesa sekali gus meranapkan keinginannya.

“Saya tahu saya harus keluar dari zon selesa dan cuba sesuatu yang baru seperti menyanyi atau mengacara. Tapi, saya tak pandai!” katanya sambil ketawa.

Pun begitu, pemilik nama sebenar Siti Zaqyah Abdul Razak ini ini berharap impiannya itu akan menjadi kenyataan dan berdoa ada seseorang akan ‘menolaknya’ untuk merealisasikan hasrat itu.
“Insya-ALLAH, jika keadaan memerlukan, saya akan mencubanya tapi tak tahu pula bila,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Kusinero Cinta teringin menjayakan filem atau drama biografi atau biopik sebagai usaha mencabar kemampuan diri.

Katanya, keinginan itu begitu menebal lantaran merasakan watak yang perlu dibawa oleh setiap pelakon dalam genre sedemikian bukan mudah dan sangat mencabar.

“Ia perlu kajian sebaiknya agar karakternya sama dengan watak individu dalam cerita asal,” jelasnya Tiz yang agak selektif terhadap tawaran dan skrip demi memastikan kepuasan berlakon tercapai.

Terbaru, selebriti berusia 29 tahun ini bakal muncul dalam supertelefilem Memori Pajeri Nanas di samping Alif Satar dan Siti Saleha.

“Jalan ceritanya yang berbeza buat saya tertarik. Sebab itu saya terima tawaran ini.Lagipun, jalan ceritanya berkisar kepada keadaan dalam rumah tangga hari ini.

“Ini juga kali pertama saya berlakon dengan Alif dan dia memang pelakon yang sangat bagus dan baik,” katanya.

Memori Pajeri Nanas boleh ditonton menerusi tempahan di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 20 Julai depan.

The post Tiz Zaqyah Alami Masalah Darah Gemuruh Yang Teruk appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tiz Zaqyah Alami Masalah Darah Gemuruh Yang Teruk

Sekianlah artikel Tiz Zaqyah Alami Masalah Darah Gemuruh Yang Teruk kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiz Zaqyah Alami Masalah Darah Gemuruh Yang Teruk dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/tiz-zaqyah-alami-masalah-darah-gemuruh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :