Tolak Pakatan Pembangkang Diketui Pemimpin Gila Talak

Tolak Pakatan Pembangkang Diketui Pemimpin Gila Talak - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tolak Pakatan Pembangkang Diketui Pemimpin Gila Talak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tolak Pakatan Pembangkang Diketui Pemimpin Gila Talak
link : Tolak Pakatan Pembangkang Diketui Pemimpin Gila Talak

Baca juga


Tolak Pakatan Pembangkang Diketui Pemimpin Gila Talak

Beliau berkata pakatan pembangkang itu umpama kapal tiga nakhoda yang menunggu masa untuk tenggelam akibat tidak sehaluan.

“Rakyat sudah berikan peluang selama 22 tahun untuk ‘top dog’ itu memimpin. Kali ini, apabila kegilaan talak berlaku, saya fikir tibalah masanya rakyat menolak pakatan impian siang hari ini yang berketuakan seorang yang kehilangan talaknya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Melor di sini, hari ini yang dihadiri kira-kira 20,000 orang.

Turut hadir Anggota Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa yang juga Ketua Penerangan UMNO, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO berkata rakyat harus menolak pemimpin berkenaan yang sudah diberikan peluang memerintah ketika eranya.

“Zaman seseorang itu menjadi pemimpin sudah berlalu, beliau sepatutnya menjadi negarawan yang dihormati namun, sebaliknya, beliau sering berbeza pendapat dan mendakwa pemimpin sekarang tidak betul.

“Setiap pemimpin ada eranya dan masanya sudah tamat. Jangan campur soal politik sebaliknya, serah kepada kami (pemimpin negara sekarang),” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berharap rakyat memahami prinsip kebersamaan dalam kalangan parti-parti  Barisan Nasional (BN) sejak 1957 yang menjadi kekuatan dalam kerajaan BN hingga sekarang.

“Kita (BN) adalah perkahwinan politik secara kekal bukan perkahwinan mutaah. Daripada tiga rakan kepada 14 rakan dan kini menjadi 13 rakan. Mereka (pakatan pembangkang) pula daripada Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang dalam lawatan kerja sehari ke Kelantan, menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Marak di sini sebelum menghadiri majlis jamuan Aidilfitri UMNO Kelantan di Dataran Rehal di sini. – BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tolak Pakatan Pembangkang Diketui Pemimpin Gila Talak

Sekianlah artikel Tolak Pakatan Pembangkang Diketui Pemimpin Gila Talak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tolak Pakatan Pembangkang Diketui Pemimpin Gila Talak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/tolak-pakatan-pembangkang-diketui.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :