Tolak Usul Bahas Perjanjian Perdagangan Karbon

Tolak Usul Bahas Perjanjian Perdagangan Karbon - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tolak Usul Bahas Perjanjian Perdagangan Karbon, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tolak Usul Bahas Perjanjian Perdagangan Karbon
link : Tolak Usul Bahas Perjanjian Perdagangan Karbon

Baca juga


Tolak Usul Bahas Perjanjian Perdagangan Karbon

KOTA BHARU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini menolak usul yang dikemukakan Datuk Mohd Adhan Kecik (BN-Bukit Bunga) bagi membahaskan isu perjanjian perdagangan karbon antara kerajaan negeri dengan syarikat Climate Protector Sdn Bhd.

Speaker Datuk Abdullah Ya’kub ketika memutuskan perkara itu berkata walaupun isu berkenaan adalah perkara tertentu dan berkepentingan awam, namun ia bukan sesuatu yang perlu disegerakan.

“Saya dimaklumkan kerajaan negeri sedang meneliti perkara itu… dengan itu saya menolak usul ini,” katanya pada persidangan DUN Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohd Adhan ketika mengemukakan usul berkenaan mencadangkan agar kerajaan negeri menangguhkan perjanjian dengan syarikat tersebut tanpa perlu menunggu tempoh kajian selama dua tahun yang dicadangkan oleh kerajaan negeri selesai.

Mohd Adhan ketika ditemui di luar dewan menzahirkan rasa kesal usul itu ditolak, menegaskan usul itu dibawa  selepas mendapati perjanjian yang ditandatangani pada tahun lepas amat meragukan.

“Pada sidang DUN Mac lepas saya juga telah mengemukakan soalan sama dan kerajaan negeri melalui Menteri Besar (Datuk Ahmad Yakob) sendiri memberikan jawapan bahawa mereka telah melakukan apa yang patut seperti kajian kemungkinan dan lain-lain.

“Mereka (kerajaan negeri) yakin syarikat ini akan membawa hasil kepada kerajaan negeri sehingga di dalam bajet pada tahun lepas, mereka menjangkakan pulangan sebanyak RM50 juta akan diraih daripada usaha ini tetapi sehingga sekarang pun kita tak nampak apa-apa hasil yang dapat disumbangkan kepada kerajaan negeri,” katanya.

Mohd Adhan berkata jika usul berkenaan dibenarkan untuk dibahaskan, beliau akan memberi cadangan supaya kerajaan negeri menangguhkan kewajipan mereka untuk meneruskan syarat-syarat yang terkandung di dalam perjanjian tersebut sehingga kerajaan negeri membuat kajian yang sewajarnya.

Sebelum ini, Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa mendakwa kerajaan Kelantan meluluskan sejuta ekar (404,685 hektar) hutan simpan kekal kepada syarikat Climate Protector Sdn Bhd untuk pelaksanaan projek itu.

Husam turut mempersoalkan kelayakan syarikat itu untuk menguruskan perdagangan karbon dengan kerajaan negeri Kelantan yang didakwa tidak mendapat kelulusan Bank Negara untuk beroperasi. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tolak Usul Bahas Perjanjian Perdagangan Karbon

Sekianlah artikel Tolak Usul Bahas Perjanjian Perdagangan Karbon kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tolak Usul Bahas Perjanjian Perdagangan Karbon dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/tolak-usul-bahas-perjanjian-perdagangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :