link : Tragedi Malang Penghujung Syawal.
Tragedi Malang Penghujung Syawal.
MENJELANG bulan Syawal yang hanya tinggal beberapa hari lagi, pasti ramai yang masih bersuka ria menyambut bulan kegembiraan ini.
Tetapi, malang bagi adik Nur Damia Nadhirah Shahrudin, 5 tahun yang ditemui mati lemas di kolam terbiar dekat Kampung Sena, Kuala Nerang.
Mayat kanak kanak malang itu dijumpai oleh orang awam yang ternampak dua jasad kanak kanak yang terapung di kolam tersebut. Mangsa ditemui kira kira jam 6:50 petang semalam.
Bersama mangsa, rakan sebayanya, Muhamad Rusyaidi Mohamad Na’am yang ditemui tidak sedarkan diri.
Jelas pemangku Ketua Polis Daerah Padang Terap, DSP Amran @ Mohamad Zaki Omar , pihak berkuasa telah menerima laporan petang semalam selepas orang awam terjumpa dua orang kanak- kanak tersebut.
Kedua dua mangsa telah pun dihantar ke Hospital Kuala Nerang sebelum proses bedah siasat dilakukan di Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Pihak polis telah membuat siasatan lanjut dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Kepada kesemua ibubapa, sentiasalah awasi pergerakan anak anak anda. Kerana malang tidak berbau dan apa apa sahaja boleh berlaku kepada anak kecil kita.
Semua ibubapa pasti sayangkan anak-anak, tatang lah mereka bagaikan inyak yang penuh sehingga mereka dewasa kelak.-MYNEWSHUB.CC
Oleh: Ainaa Hafizah
*video sekadar hiasan*
Loading...
Demikianlah Artikel Tragedi Malang Penghujung Syawal.
Anda sekarang membaca artikel Tragedi Malang Penghujung Syawal. dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/tragedi-malang-penghujung-syawal.html