Tragedi tiada kunci

Tragedi tiada kunci - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tragedi tiada kunci, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tragedi tiada kunci
link : Tragedi tiada kunci

Baca juga


Tragedi tiada kunci

REMAJA berusia 17 tahun maut selepas dihempap tembok batu setinggi 1.5 meter yang roboh berdekatan rumahnya di Jalan Melor 2, Taman Guru, Kota Tinggi, malam tadi.

Allahyarham Haikal Hanafi Ayob ditemui kira-kira 11 malam oleh keluarganya sebelum kematian disahkan anggota perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

Difahamkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar itu cuba memanjat tembok pemisah kediaman jirannya itu selepas tiada kunci untuk masuk ke rumah.

Mangsa memanjat tembok itu selepas mendapati keluarganya tiada di rumah ketika pulang dari kelas tambahan kira-kira 10 pagi semalam.

Bapa mangsa, Ayob Ab Karim, 55, berkata, kejadian disedari selepas usaha mencari anak bongsu daripada enam beradik yang tidak pulang ke rumah hingga lewat malam gagal.

"Selepas ikhtiar termasuk menghubungi rakannya menemui jalan buntu, saya tergerak mencarinya di luar rumah.

"Ketika itu saya terpandang tembok berdekatan rumah 'hilang' dan cuba menghampirinya.

"Dalam keadaan gelap, saya mengalihkan batu bata sebelum menjumpai mangsa dibawa runtuhan tembok itu dengan keadaan sudah tidak bernyawa," katanya.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam kira-kira 10.30 pagi hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tragedi tiada kunci

Sekianlah artikel Tragedi tiada kunci kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tragedi tiada kunci dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/tragedi-tiada-kunci.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :