Tunku Tun Aminah, Nikah 14 Ogos Depan

Tunku Tun Aminah, Nikah 14 Ogos Depan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tunku Tun Aminah, Nikah 14 Ogos Depan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tunku Tun Aminah, Nikah 14 Ogos Depan
link : Tunku Tun Aminah, Nikah 14 Ogos Depan

Baca juga


Tunku Tun Aminah, Nikah 14 Ogos Depan

Tidak lama sahaja lagi, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim yang merupakan Puteri Tunggal Johor bakal menamatkan zaman bujangnya pada 14 Ogos depan.

Tunku Tun Aminah bakal mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Dennis Muhammad Abdullah dan majlis pernikahan akan berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata istiadat perkahwinan pasangan pengantin diraja akan dilaksanakan dengan penuh adat istiadat Melayu dan budaya Istana Johor.

“Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan dan merestui perkahwinan paduka anakanda Tunku Tun Aminah dengan Dennis Muhammad Abdullah,” katanya yang mengumumkan istiadat perkahwinan berkenaan kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata Istiadat Meletak Kerja dengan menaikkan bendera istiadat kerajaan akan diadakan pada 8 Ogos ini bagi menandakan permulaan istiadat perkahwinan diraja.

Beliau berkata majlis tahlil dan doa kesyukuran akan diadakan pada 6.30 petang, 10 Ogos di Masjid Pasir Pelangi, di sini, bagi memohon restu Allah SWT terhadap perkahwinan berkenaan.

“Istiadat pertunangan pula akan diadakan pada 10 pagi, 14 Ogos, di Istana Bukit Serene, di sini, diikuti istiadat nikah dengan Sultan Ibrahim berkenan mewakilkan Mufti Johor Datuk Muhammad Tahrir Shamsudin sebagai wali.

“Istiadat persandingan pasangan pengantin diraja akan diadakan di Bilik Singgahsana Istana Besar, di sini, pada 8 malam, hari yang sama (14 Ogos),” katanya dan menambah istiadat tersebut berlangsung secara tertutup.

Menurut Abdul Rahim, majlis bersiram pula akan diadakan keesokan hari (15 Ogos) di Bandstand Bukit Bintang, Taman Botani Diraja Istana Besar dan pasangan pengantin akan menziarah Makam Diraja Mahmoodiah pada 16 Ogos.

Kami mendoakan agar segala urusan menuju hari bahagia Tunku Tun Aminah dipermudahkan.

The post Tunku Tun Aminah, Nikah 14 Ogos Depan appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tunku Tun Aminah, Nikah 14 Ogos Depan

Sekianlah artikel Tunku Tun Aminah, Nikah 14 Ogos Depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tunku Tun Aminah, Nikah 14 Ogos Depan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/tunku-tun-aminah-nikah-14-ogos-depan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :