link : Turki Tunjuk Kekuatan Di Doha Saat Qatar Hadapi Krisis Diplomatik
Turki Tunjuk Kekuatan Di Doha Saat Qatar Hadapi Krisis Diplomatik
Pasukan itu bersedia mengambil bahagian dalam latihan bersama dalam rangka perjanjian pertahanan yang ditandatangani antara Doha dan Ankara yang bertujuan meningkatkan kemampuan pertahanan Qatar, mendukung kemampuan "melawan keganasan", dan menjaga keamanan dan kestabilan di wilayah itu.
Qatar mengalu-alukan tentera Turki
Khalid bin Mohammed al-Attiyah tiba pada hari Khamis ke Ankara di mana beliau dijadualkan bertemu dengan rakan sejawatannya dari Turki, Fikri Ishik serta Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.
Parlimen Turki pada 8 Jun meluluskan perjanjian 2015 dengan Qatar yang bertujuan memperkukuhkan kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara, yang memberi Turki hak untuk menubuhkan pangkalan tentera di Qatar dan menggunakan angkatan tentera.
Perjanjian itu diluluskan tiga hari selepas Arab Saudi dan negara-negara Arab lain memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar atas dakwaan bahawa ia menyokong "keganasan" dan terlalu rapat dengan Iran - dakwaan itu berulang kali dinafikan Doha.
Jumlah tentera Turki yang dihantar ke negara Teluk boleh mencapai sehingga 1,000 orang, akhbar harian Turki Hurriyet melaporkan, sambil menambah bahawa kontingen pasukan udara juga berkemungkinan dihantar.
Latihan bersama dijangka bermula selepas percutian Eid al-Fitr.
Pangkalan tentera Turki di Qatar adalah yang pertama untuk Turki di Dunia Arab.
Demikianlah Artikel Turki Tunjuk Kekuatan Di Doha Saat Qatar Hadapi Krisis Diplomatik
Anda sekarang membaca artikel Turki Tunjuk Kekuatan Di Doha Saat Qatar Hadapi Krisis Diplomatik dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/turki-tunjuk-kekuatan-di-doha-saat.html