link : Ubah sebelum lewat
Ubah sebelum lewat
Kuala Lumpur: Situasi ‘tenat’ yang menghantui arena bola sepak negara khususnya kegagalan dalam mengesan pemain muda tempatan bagi menyarung jersi Harimau Malaya harus dipandang serius Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Menurut bekas pengendali Kedah, Azraai Khor Abdullah, jalan keluar yang dicadangkan ketua jurulatih kebangsaan Nelo Vingada iaitu kuota 3+1 pemain import dikurangkan kepada 2+1 di saingan Liga Perdana baginya cukup baik dan harus diteliti dengan sebaiknya badan induk itu.
Langkah berkenaan dilihat mampu memberi peluang kepada pemain tempatan khususnya pemain muda beraksi dalam perlawanan kompetitif selepas pemain import tampak mendominasi beberapa posisi penting seperti di jentera serangan.
“Ya, sekurang-kurangnya cadangan beliau (Nelo Vingada) itu boleh membantu persiapan pasukan negara yang diketahui umum mengalami masalah dalam mencari pemain berkualiti ketika ini.
“Kebanyakan posisi penting misalnya di bahagian penyerang memang dikuasai pemain import hingga menyukarkan jurulatih negara untuk menyenaraikan pemain.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Ubah sebelum lewat
Anda sekarang membaca artikel Ubah sebelum lewat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/ubah-sebelum-lewat.html