Uber & GarbCar Kini Sah Di Sisi Undang-Undang, Dibenarkan Beroperasi

Uber & GarbCar Kini Sah Di Sisi Undang-Undang, Dibenarkan Beroperasi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Uber & GarbCar Kini Sah Di Sisi Undang-Undang, Dibenarkan Beroperasi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Uber & GarbCar Kini Sah Di Sisi Undang-Undang, Dibenarkan Beroperasi
link : Uber & GarbCar Kini Sah Di Sisi Undang-Undang, Dibenarkan Beroperasi

Baca juga


Uber & GarbCar Kini Sah Di Sisi Undang-Undang, Dibenarkan Beroperasi

KUALA LUMPUR – Uber dan GrabCar antara perkhidmatan teksi e-hailing kini merupakan salah satu pengangkutan awam yangs ah di sisi undang-undang dan ‘dihalalkan’ beroperasi di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Keputusan itu dibuat selepas Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini, lapor Utusan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Malaysia sekali gus menjadi negara yang pertama di dunia, dalam mengawal selia undang-undang berhubung perkhidmatan e-hailing itu.

Tambahnya lagi, pemandu-pemandu e-hailing yang berada di Semenanjung Malaysia kini tertakluk kepada bidang kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), manakala di Sabah dan Sarawak, ia berada di bawah kuasa Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

“Semua syarikat pengendali e-hailing boleh melaksanakan perkhidmatan mereka termasuk pengendali syarikat e-hai­ling tempatan di mana-mana tempat di negara ini. Namun, terma dan syarat-syarat berkaitan belum dimuktamadkan lagi.

“Kita mahu menguatkuasakan serta-merta tetapi kita perlu mengambil kira semua perkara untuk menyelaraskannya yang dianggarkan boleh dilaksanakan dalam tempoh setahun,” katanya kepada pemberita.

Katanya, layanan dan syarat-syarat yang sama akan dikenakan kepada pemandu teksi dan e-hailing, ketika membentangkan Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 bagi bacaan kedua.

Ini kerana, ia bagi memastikan industri teksi tanah air dapat terus berkembang selari dengan trend masa kini, dengan menawarkan perkhidmatan yang baik, tingkatkan taraf hidup tanpa mengabaikan golongan teksi.

“Syarat-syarat yang dikenakan kepada pe­mandu teksi pa­da wak­tu ini seperti pe­meriksaan kesihatan, pemeriksaan kendera­an berkala, keperluan dilindungi insurans dan kad pemandu akan turut di­patuhi oleh pemandu-pemandu perkhid­matan e-hailing.

“Syarat-syarat ini diperlukan demi faktor keselamatan. Oleh itu, ia tidak akan dikecualikan ke­pada pemandu teksi tetapi akan turut dikenakan kepada peman­du e-hailing,” katanya.

Nancy turut berkata, pada masa ini, tiada keperluan untuk mewujudkan tribunal khusus ba­gi mengendalikan segala aduan oleh pengendali perkhidmatan e-hailing dan teksi.

“Penubuhan tribunal satu perkara yang tidak diperlukan sebab telah wujud meka­nisme sama (Jabatan Aduan SPAD),” katanya.

Sumber: Utusan Online

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Uber & GarbCar Kini Sah Di Sisi Undang-Undang, Dibenarkan Beroperasi

Sekianlah artikel Uber & GarbCar Kini Sah Di Sisi Undang-Undang, Dibenarkan Beroperasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Uber & GarbCar Kini Sah Di Sisi Undang-Undang, Dibenarkan Beroperasi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/uber-garbcar-kini-sah-di-sisi-undang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :